Baru saja sebentar tadi beberapa portal hiburan ada menyiarkan mengenai isu pereka fesyen, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini dikatakan tidak berpuas hati dengan penyanyi, Alyah.
Ia gara-gara Alyah dikatakan tidak memakai pakaian yang telah direka mereka ketika malam Anugerah Plenet Muzik 2012 berlangsung pada Sabtu lalu.
Menurut Hatta, Alyah tidak langsung memberitahu sebab mengapa dia tidak memakai baju berkenaan.
Malah, apabila dihubungi, tiada sebarang respon diberikan.
Seluruh ketidakpuashatian itu telah diluahkan mereka berdua menerusi Twitter.
Namun, melalui laporan terbaru Mstar, Alyah memberitahu dia enggan memohon maaf apabila merasakan seperti maruahnya dijatuhkan pereka itu tanpa sempat dia membuat penjelasan yang sebenarnya.
Alyah turut memberitahu maruahnya kini sudah dipijak-pijak!
“Maruah saya sudah dipijak-pijak. Mereka telah mengaibkan saya dengan kata-kata yang kurang manis.
“Buat apa saya perlu memohon maaf tentang perkara itu kerana ia telah dibayar dengan kata-kata hinaan yang diberikan mereka.
“Belum sempat saya nak terangkan sebab-sebab saya tidak memakai pakaian rekaan tersebut, mereka telah menghentam saya di Twitter. Saya rasa dihina,” katanya.
Bagaimanapun, Alyah sempat menjelaskan mengapa dia tidak memakai baju itu.
“Saya bukannya seorang yang suka melarikan diri daripada masalah.
“Ada sebab-sebab kenapa saya tidak memakai pakaian itu. Ini kerana terdapat beberapa masalah kecil seperti zip dan bahagian lain,” tambahnya.
Alyah turut berkata, dia tidak mahu memperbesarkan hal berkenaan.
Tambahan pula,Hatta dan Rizman telah banyak membantu menaja pakaiannya selama ini.
“Jika mereka mengatakan saya tamak kerana ingin menggunakan khidmat ramai pereka fesyen hanya untuk sebuah acara cahaja. siapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka akan tahu, setiap majlis anugerah, saya akan bertukar tiga pakaian,” katanya.
Oleh: KASIH ISA
0 comments:
Post a Comment