Apabila sebut sahaja perkataan penjara , sudah pasti kita dapat membayangkan sebuah kurungan tirai besi yang dijaga pengawal dengan ketat. Penjara ibarat neraka dunia yang boleh menghancurkan kehidupan.
Inilah Penjara Paling Bebas di Dunia
Tetapi lain pula cerita di San Pedro, yang merupakan penjara terbesar terletak di La Paz, Bolivia. San Pedro mempunyai tahanan seramai 1500 didalamnya. Apa yang peliknya, kehidupan di penjara San Pedro seperti kehidupan normal di luar penjara dan sangat berbeza sekali jika dibandingkan dengan penjara di negara-negara lain.
Di San Pedro, tahanan boleh hidup dan tinggal bersama isteri dan anak-anak dalam sebuah rumah. Penjara ini terdapatnya pasaraya, hotel, salon rambut, restoran dan seolah-olah bukan sebuah penjara. Tetapi mereka perlu membayar sewa untuk tempat tinggal.
Saya sendiri tidak mengerti apakah maksud sebenar penjara pada pandangan masyarakat di sana. Adakah suatu destinasi ataupun tempat rekreasi. Kalau di negara kita, penjara dibina untuk pesalah yang melakukan jenayah dan dihukum setimpal dengan kesalahan yang dilakukan supaya mereka sedar akan kesilapan lalu. Tetapi sebaliknya yang berlaku di penjara San Pedro. San Pedro adalah penjara paling bebas di dunia.
sumber:didunia
sumber:didunia
0 comments:
Post a Comment