Peluk Islam Lepas Dengar Ceramah Zakir Naik


Peluk Islam Lepas Dengar Ceramah Zakir Naik
Pernah mendengar nama Dr. Zakir Naik?
Sekiranya kita sentiasa mengikuti perkembangan dunia dan ilmu Islam, insyaAllah kita akan mengenali siapa Dr. Zakir ini.
Nama sebenar Dr. Zakir adalah Zakir Abdul Karim Naik. Dr. Zakir berasal dari India dan merupakan seorang penceramah bebas di sana. Malah, Dr. Zakir juga merupakan pengasas kepada Islamic Research Foundation (IRF).
Sebelum menjadi terkenal sebagai penceramah menyampaikan dakwah Islamiah, dia merupakan seorang doktor.
Tetapi, kerana minat dalam mendalami ilmu agam dan keinginan tinggi dalam memberikan penjelasan tentang salah erti pandangan Islam oleh orang ramai, Dr. Zakir giat memberikan ceramah-ceramah di seluruh negara.
Niat dan usahanya dalam menyampaikan dakwah Islam diilhamkan oleh Amed Deedat, seorang pengamal Islam yang ditemui Dr. Zakir pada tahun 1987.
Misi utamanya dalam ceramah adalah untuk memberikan penjelasan dan pengajaran kepada orang Islam dan remaja Islam yang keliru tentang kesucian Islam sejak terjadinya tragedi 11 September.
Pada awal tahun ini juga, Dr. Zakir berkesempatan hadir ke Malaysia dan memberikan ceramah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Percaya atau tidak, dalam setiap ceramah yang Dr. Zakir berikan, pasti akan ada antara penonton yang hadir khususnya orang yang bukan Islam akan memeluk Islam selepas mendengar ceramahnya.
Bukan itu sahaja, saluran Astro Oasis juga ada menyiarkan rancangan ‘Tonight With Dr. Zakit Naik’ setiap malam Sabtu.
Itulah perkara yang disukai oleh Dr. Zakir kerana misinya sentiasa tepat dalam menjelaskan kekeliruan yang dirasai oleh setiap umat Islam dan penganut agama lain.
Sebagai contoh, dalam ceramah bebasnya di India, seramai 15 orang telah memeluk Islam di lokasi itu juga.
Subahanallah.. Maha Suci Allah!
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story