Azhar Sulaiman Beri Penjelasan Isu Dirinya Murtad?


Azhar Sulaiman Beri Penjelasan Mengenai Isu Murtad
Nama pelakon, Azhar Sulaiman tiba-tiba menjadi sebutan apabila dia dikatakan telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan yang agak mengejutkan di laman Facebook miliknya.
Semalam, dia mengutarakan soalan kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bertanyakan bagaimana dia mahu pulang semula kepangkuan Islam memandangkan dia merupakan ahli Umno dan penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ini kerana sebelum ini, menerusi akhbar Utusan, Nik Aziz memberitahu siapa yang menyokong Umno adalah murtad.
Tetapi menurut Nik Aziz kenyataannya disalah ertikan oleh Utusan dan dia sebenarnya difitnah.
Walaupun begitu, menerusi Sinar Harian, Azhar Sulaiman menjelaskan dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik.
Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.
“Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?
“Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu,” katanya yang dipetik melalui Sinar Harian, di sini, hari ini.
Oleh: KASIH ISA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story