Bermanja Dengan Nora Danish di Twitter: Hanya Bergurau - Zizan Razak




Hujung minggu lalu, kecoh juga dunia hiburan tempatan apabila Zizan Razak dikhabarkan bermanja dengan Nora Danish di Twitter dengan panggilan papa-mama. Timbul spekulasi, apakah dua selebriti ini menjalin hubungan dalam diam?

Bercakap kepada Rotikaya.com Zizan berkata dia selesa berkawan dengan aktres cantik itu. Bagaimanapun semua itu (ayat manja di Twitter) hanya gurauan semata-mata. Zizan juga menegaskan dia dan Nora Danish tiada hubungan istimewa.

“Saya selesa berjumpa dengan dia dalam mana mana majlis pun kerana dia kelakar seperti saya juga selain setakat ini saya tidak punyai sebarang perasaan terhadap Nora Danish”, katanya.

Zizan Razak juga berharap para peminat tidak menyalah anggap dan berspekulasi yang bukan- bukan terhadap hubungan kerjanya bersama Nora Danish.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story