San Francisco – Ahli perundangan di sini kelmarin mengundi untuk mengharamkan kebanyakan perlakuan bogel di khalayak ramai, walaupun menerima bantahan di bandar yang terkenal bebas dan santai ini, termasuk tunjuk perasaan sambil berbogel di luar Dewan Bandaraya.
Badan Pengawal Selia bandar raya itu meluluskan satu larangan dicadangkan Scott Wiener; kawasan kejiranan The Castro adalah hub gay di mana apa yang digelar Naked Guys (lelaki bogel) sering berkeliaran.
Undang-undang itu menerima enam undian berbalas lima yang menentang dalam satu mesyuarat tengah hari yang mana Wiener berkata langkah itu sudah lama tertangguh.
Undang-undang itu menerima enam undian berbalas lima yang menentang dalam satu mesyuarat tengah hari yang mana Wiener berkata langkah itu sudah lama tertangguh.
“Kebebasan bersuara pada dasarnya memang baik..sehingga ia datang ke kejiranan anda,” kata Wiener dalam mesyuarat itu.
“Saya memberi jaminan penduduk tidak perlu menunggu lama seperti kami di Castro.”
Sekumpulan kecil penunjuk perasaan berpakaian berkumpul di luar Dewan Bandaraya untuk mesyuarat itu dan dalam tempoh beberapa ketika undang-undang diluluskan mereka yang mengejek meningkat, dan seorang wanita membuka bajunya.- AFP
0 comments:
Post a Comment