Ramai yang cuba meneka apakah status sebenar hubungan pasangan kekasih terkenal, Justin Bieber dan Selena Gomez selepas pelbagai versi kisah cinta mereka hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Tambahan pula Gomez tidak muncul bersama Bieber di American Music Awards 2012 (AMAs 2012) yang berlangsung semalam, dimana pelantun lagu “Boyfriend” memenangi tiga anugerah iaitu Artis Lelaki Pop Kegemaran, Album Pop Kegemaran dan juga Artis Tahunan.
Namun dipetik dari E! Online, penulis laman sesawang hiburan tersebut, Marc Malkin memberitahu di Twitter bahawa pasangan ini dilihat berpegangan tangan ketika ingin keluar dari Nokia Theatre iaitu lokasi acara gilang-gemilang itu berlangsung.
Mereka juga dilihat berbual bersama ibu Bieber, Pattie Malette di Hotel Marriott yang terletak di Downtown selepas AMAs 2012 berakhir.
Pasangan ini masih mengekalkan kemesraan di antara mereka apabila dilihat berpegangan tangan sekali lagi sambil dikawal rapat oleh beberapa pengawal keselamatan ketika menghadiri parti yang dianjurkan oleh pengurus Bieber, Scooter Braun di Bootsy Bellows, sekitar jam 1.30 pagi sebelum kembali ke rumah aktres dan pelantun lagu “Love You Like A Love Song”.
Bieber, 18, dilihat meninggalkan rumah Gomez, 20, keesokan harinya dengan pakaian yang sama dipakainya.
Terdahulu pasangan muda ini dilaporkan bertengkar di sebuah restoran Jepun di Los Angeles dan beredar dengan kereta masing-masing selepas itu.
“Sesuatu mesti telah berlaku dalam restoran tersebut kerana 10 minit selepas mereka tiba, mereka berdua keluar dengan wajah yang serius dan tidak gembira,” ujar satu sumber.
Hubungan mereka berdua selama dua tahun itu didakwa tidak stabil sehingga dikatakan telah berpisah selepas gambar Bieber bersama seorang model Victoria’s Secret, Barbara Palvin dimuat naik oleh model berusia 19 tahun itu.- Yahoo!
0 comments:
Post a Comment