TERKINI: Apex Dan Leuniey Umum Tarikh Nikah

TERKINI: Apex Dan Leuniey Umum Tarikh Nikah

Sekarang ini sedang berlangsungnya sidang media tarikh perkahwinan di antara penjaga gol kebangsaan Malaysia, Apex dengan kekasihnya Leuniey.
Baru saja sebentar tadi Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat memberitahu akan bernikah pada 28 Disember ini di kediaman bakal isterinya di Tumpat, Kelantan pada jam 9 pagi.
Majlis resepsi pertama akan menyusul dua hari kemudian di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 8 malam dengan membawakan konsep Melayu kotemporari.
Manakala di Kuala Lumpur pula, majlis resepsi kedua diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013 dengan konsep English.
Sementara itu, Apex dan Leuniey Natasha mula berkenalan sewaktu menjayakan rakaman haruman Simply Siti sekitar tahun lalu.
Setelah dilanda pelbagai gosip akhirnya mereka sepakat untuk mendirikan rumah tangga.
Tahniah diucapkan!
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Sumber: Twitter Rotikaya

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story