Juara musim pertama program realiti Akademi Fantasia, Vincent Chong atau lebih dikenali dengan gelaran Vince AF berkongi perkhabaran gembira yang dia baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya pada bulan September yang lalu.
Vince melamar kekasihnya, Fiona Edward yang merupakan seorang pramugari Malaysian Airlines ketika mereka sedang bercuti beramai-ramai bersama ahli keluarga Vince di Bali. Kebetulan Vince tergerak hati untuk melamar pada hari jadinya yang ke-33.
“Rancangan untuk melamar Fiona telah berjaya dengan bantuan kakaknya dan Fiona sama sekali tidak menyangka dan kelihatan begitu teruja serta gembira. Lamaran tersebut disaksikan oleh beberapa orang ahli keluarga saya,
Berpura-pura sedang membuka satu persatu hadiah hari jadi yang diberi, saya kemudiannya membuka sebuah hadiah yang berbentuk cincin dan memberi serta sambil mengatakan hidup ini akan lebih sempurna jika dikongsi bersama Fiona,” ujar Vince ketika ditemui di majlis pelancaran Bella Awards di Marini’s On 57, Kuala Lumpur Convention Centre.
Hubungan Vince dan kekasihya yang berbangsa Kadazan Dusun itu telah mencecah dua tahun. Mereka merancang untuk berkahwin pada 12 Januari 2014 bersempena hari jadi Fiona namun perkara tersebut masih dalam perbincangan.
Dalam pada masa yang sama Vince turut meluahkan rasa kecewanya kerana lagu singlenya yang berjudul Hanya Kau belum lagi diputarkan di corong-corong radio. Namun Vince memilih untuk mempromosikan lagu tersebut mengunakan pendekatan laman sosial, Youtube yang kerap kali digunakan oleh para artis masa kini.
Bagi para peminat yang menantikan lagu Inggeris dari Vince bakal tersenyum gembira kerana dia bakal melahirkan album sempena Krismas. Memandang Michael Bolton sebagai salah seorang idolanya dalam bidang nyanyian, Vince sentiasa mendambakan lagu-lagu yang bergenre tersebut yang bakal dimuatkan dalam album tersebut. – Gua.com.my
0 comments:
Post a Comment