Nama Maimon Mutalib mungkin agak jarang didengari kerana dia boleh dikategorikan sebagai artis senior.
Tetapi apabila melihat wajahnya, pasti sesiapa saja akan mengenali aktres ini.
Wajahnya sering muncul di dalam drama-drama mahupun filem tempatan.
Antara lakonannya adalah Budak Pailang, Sumpahan Kum-Kum, Semerah Cinta Stilleto, Pensil, Cuci dan banyak lagi.
Lakonannya sangat bagus dan sering membuatkan penonton turut sama merasai watak lakonannya.
Namun, sejak akhir-akhir ini amat jarang melihat kelibat Maimon yang turut dikenali sebagai Kak Mon ini.
Menerusi Harian Metro, hari ini, ada melaporkan yang Kak Mon sedang sakit.
Dia kini sedang ditahan di wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Selasa lalu kerana disahkan menghidap barah payudara.
Dia juga tidka mampu bergerak kerana di pangkal pehanya seolah-olah ‘cramp’.
Sejak mendapat tahu mengenai penyakitnya itu, Kak Mon amat risau dan takut.
Ini kerana dia tidak dapat lagi bekerja sebagai pelakon yang menjadi punca rezekinya.
Malah, dia juga khuatir apabila memikirkan nasib lima anaknya.
Sehubungan itu, marilah kita doakan kesihatan Kak Mon dan memberikan semangat kepadanya.
0 comments:
Post a Comment