MIAMI – Bekas juara tinju dunia tiga kali, Hector “Macho” Camacho masih berada dalam keadaan koma hari ini selepas ditembak di leher di Puerto Rico.
Degupan jantungnya berhenti semalaman dan memerlukan alat bantuan pernafasan untuk terus hidup, sementara doktor sedang mengkaji untuk mengisytiharkan sama ada otaknya tidak lagi berfungsi.
“Beliau masih dalam keadaan koma,” kata Pengarah Hospital Centro Medico, Ernesto Torres di mana Macho dirawat selepas ditembak, semalam.
“Peluru berkenaan mengakibatkan tiga pembuluh darah di lehernya rosak dan menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke otak,” katanya
Torres berkata, ketika ini Macho tidak menunjukkan tindak balas terhadap ubat dan kesakitan. – AFP
0 comments:
Post a Comment