PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menerima kunjungan tokoh agama Buddha dari Taiwan, Master Hsing Yun, pengasas Fo Guang Shan Buddhist, di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra di sini.
Pada pertemuan selama kira-kira 15 minit itu, Najib dan Master Hsing Yun bertukar-tukar pandangan mengenai keharmonian beragama dan keamanan dunia.
Kemudiannya, Master Hsing Yun menyampaikan kaligrafi Cina “Ji Xing Gao Zhao” yang bermaksud “Bintang Bertuah Bergemerlapan Di Langit” kepada Najib.
Turut hadir Presiden Buddha’s Light International Association (BLIA) Malaysia, Lim Bon Khai dan Ketua Sami Fo Guang Shan Malaysia, Jue Cheng.
Master Hsing Yun sedang dalam rangka lawatan lima hari ke Malaysia.
Beliau akan menghadiri upacara keagamaan Buddha di Stadium Shah Alam, Selangor pada malam Sabtu. – BERNAMA
2 comments:
info yang menarik
hang tengah bincang apa tu haa...
Post a Comment