Laman Web ‘Hospital Palsu’ Perdaya Ekspatriat

'Hospital Palsu'

PETALING JAYA – Sebuah ‘hospital maya’ merupakan penipuan terbaru dengan mensasarkan golongan ekspatriat sebagai mangsa untuk mendapatkan wang dengan meminta mereka membayar visa terlebih dahulu.
‘Hospital Dutamas palsu’ menawarkan gaji lebih daripada AS$9,000 (RM27,000) sebulan untuk kerja-kerja eksekutif, di samping cuti, penginapan dan faedah lain untuk menarik perhatian mangsa.
Jika mereka terkena umpan, mereka akan diminta untuk membayar wang pendahuluan beribu-ribu ringgit sebagai yuran visa dan kontrak.
Laman webnya, yang dibina pada awal bulan ini memaparkan maklumat terperinci termasuk alamat, nombor telefon dan senarai doktor.
Tetapi pemeriksaan The Star mendapati informasi yang dipaparkan sebahagiannya diambil daripada laman web Hospital Columbia Asia, Setapak dengan nama pengamal perubatan dan pekerja dari bahagian khidmat penjagaan pelanggan, pemasaran dan sumber manusia sebagai staf. - mStar Online

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story