Dadah RM753 Juta Dalam Penggelek Jalan

Dadah

SYDNEY – Polis Australia menyatakan pihaknya berjaya merampas dadah jenis kokain dan methamphetamine bernilai AS$246 juta (RM753 juta) yang disembunyikan di dalam sebuah jentera penggelek jalan.
Jentera berkenaan dibawa masuk dari China.
Menurut polis, penemuan dadah seberat 350 kilogram (kg) itu membawa kepada penahanan seorang lelaki warganegara Kanada dan Amerika Syarikat di sini.
Kedua-dua lelaki berkenaan didakwa kerana mengimport dadah dan bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
Ini merupakan rampasan kedua terbesar di Australia dalam tempoh seminggu.
Pada Jumaat lalu, polis negara itu berjaya menumpaskan cubaan menyeludup masuk kokain seberat 200kg menggunakan sebuah bot ke Australia. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story