Nora Danish & Anuar Zain Akhirnya Bersatu


kedua artis yang sama-sama solo Anuar Zain dan Nora Danish akhirnya disatukan.

Pasangan sama padan disatukan dalam klip video terbaru Anuar Zain "Ajari Aku". Sesuai sangatlah tu kan. Lagipun Anuar Zain sendiri mengakui yang wajah Nora Danish ada ciri-ciri wanita idamannya. Anuar berkata,
“Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut.
“Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora,” kata Anuar.
 Namun, Anuar Zain apabila bertanya sejauh mana hubungan mereka menegaskan yang hubungan mereka hanyalah kawan biasa. Oh..hanya minat je la ek..
“Walaupun Nora mempunyai ciri-ciri wanita idaman seperti yang di inginkan, tetapi ia belum sampai ke tahap untuk saya mengenalinya dengan lebih lanjut. Masing-masing dengan hal peribadi sendiri,” tuturnya.
Sementara itu, pada majlis pelancaran klip video itu, Anuar turut mengumumkan bakal mengadakan konsert solonya pada 16 Februari 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini pukul 8.30 malam. Konsertnya yang diberi nama ‘Anuar Zain-Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari’ itu dianjurkan oleh Anuar Zain Network Sdn Bhd dan syarikat rakaman Universal Music.

Ia merupakan konsert sulung Anuar selepas 30 tahun berada dalam industri seni muzik tempatan.
 “Saya rasa sudah tiba masanya untuk membuat konsert buat peminat-peminat setia yang sentiasa menyokong saya dari dulu lagi. “Dah lama saya nak buat konsert, cuma masalah tiada penganjur membuatkan hasrat itu terbantut. “Sekarang ini, saya dan pihak Universal akan menggerakkan konsert ini dan mengalu-alukan mana-mana penaja untuk bekerjasama dengan kami,” katanya.
 Menariknya tentang konsert itu, Anuar akan membuat persembahan selama dua jam tanpa penyanyi undangan dan akan beraksi sebaik mungkin buat para peminatnya itu. Tiket konsert boleh ditempah bermula 12 Disember depan menerusi ejen tiket www.ticketcharge.com.my. - mStar Online

 Oleh itu kita layankan je la dulu gambar terbaru dari Myartis.com, Nora Danish dengan anaknya yang dah besor ni sementara tunggu Anuar Zain buka langkah. Jangan lame-lame. Janda hot tew! Hehe

“Hubungan saya dengan Nora Danish hanya setakat hubungan kerja. Tidak melibatkan soal peribadi. Saya rasa lebih baik begitu kerana saya tidak suka campurkan urusan kerja dengan urusan peribadi. Jika saya campur-adukkan pasti sesuatu kerja itu tidak menjadi. Lagipun, ketika bersama dia, tidak terbit perasaan lain. Namun, saya tidak nafikan yang saya sangat meminati Nora Danish. Saya suka melihat dia.

Read more: http://www.myartis.com/2012/11/4-gambar-nora-danish-disamping-anuar.html#ixzz2CvbPozYt



0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story