Ainan Tasneem Teruja Diminati Lelaki Lembut

Ainan Tasneem Teruja Diminati Lelaki Lembut

Penyanyi yang popular dengan lagu ciptaannya sendiri, Aku Suka Dia, Ainan Tasneem Ridzuan, 21, memberitahu bahawa dia teruja diminati pelbagai peminat termasuk daripada golongan lelaki lembut.
Melalui petikan Kosmo, Ainan menyatakan, “saya teruja kerana diminati oleh peminat yang terdiri daripada pelbagai umur dan jantina”.
Ini terbukti apabila seramai 10 orang peminat setianya hadir ke pelancaran kelab peminat penyanyi itu yang bertempat di Restoran Rebung, Bangsar, baru-baru ini.
Ainan kini semakin gah namanya dalam industri hiburan tempatan apabila single keduanya ciptaan Fynn Jamal berjudul 150 juta diterima baik pendengar muzik tanah air.
Penuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu kini dalam proses untuk mempromosikan single ketiganya yang bertajuk Luka.
Diharapkan kejayaan Ainan dalam bidang nyanyian akan berjalan seiring dengan akademiknya dan semoga dirinya tidak terpalit dengan kontroversi yang boleh memburukkan namanya di masa hadapan.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story