Hanis Tidak Rancang Untuk Serius Berlakon

Hanis Zalikha Tidak Rancang Untuk Serius Berlakon

Blogger terkenal yang kini semakin giat menerima tawaran berlakon, Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, menyatakan bahawa dia tidak merancang untuk serius berlakon.
Melalui Rotikaya.com, Hanis menyatakan dia sudah mempunyai perniagaan sendiri iaitu Toujours Skin Collagen Dust Beauty & Health Supplement.
Hanis yang berasal dari Subang Jaya mempunyai kelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Bercakap mengenai filem lakonannya yang bakal menjengah pawagam, Hanis tidak kisah jika dikritik mengenai lakonannya dalam filem Gangster Celup yang turut dibintangi Syamsul Yusof dan Kamal Adli kerana baginya sebelum ini dia sendiri sudah biasa berdepan dengan pelbagai kritikan sejak mula berjinak dalam dunia blogger lagi.
Figura manis ini pernah ditegur beberapa kali kerana raut wajahnya yang sentiasa nampak ketat. Hanis menjawab, “Tolong jangan marah saya. Saya sedar tentang perkara ini”.
“Feature muka saya ni sebenarnya menampakkan muka saya garang dan sentiasa ketat. Saya sentiasa berusaha untuk senyum. Tapi saya pun manusia biasa juga. Tak mampu untuk senyum setiap masa”.
Wah makin bertambahlah heroin baru dalam bidang perfileman. Diharapkan kemunculan Hanis dapat memeriahkan lagi industri ini!
Blog Hanis boleh dilayari melalui www.inibelogsaya.blogspot.com
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story