Fizz Fairuz Langgar Hukum & Adat Melayu


Fizz Fairuz Langgar Hukum & Adat Melayu

KUALA LUMPUR – Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid memaklumkan yang tindakan pelakon, Fizz Fairuz menyarungkan cincin ke jari manis tunangnya merupakan satu kesalahan daripada segi adat Melayu dan haram hukumnya dalam agama Islam.
Ini kerana, mengikut hukum Islam lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bersentuhan selagi belum melafazkan akad.
“Kita perlu faham bahawa selagi belum berlakunya akad nikah, tunang kita masih lagi bukan mahram, maknanya tidak boleh disentuh.
“Memang niat dah betul, tetapi jalan untuk menuju ke matlamat (berkahwin) itu mestilah selari. Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara,” katanya yang dipetik dari Mstar, di sini, hari ini.
Tambah pengacara program Semanis Kurma di TV9 ini, sepatutnya ibu Fizz atau wanita lain yang mewakili pelakon itu perlu menyarung cincin tersebut ke jari wanita berkenaan.
Sementara itu, beberapa hari lalu terdapat beberapa keping gambar pertunangan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, tersebar di internet.
Salah satu daripada gambar itu menunjukkan yang Fizz sedang menyarungkan cincin kepada wanita yang berasal dari Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan, Pahang.
Mengikut hukum adat Melayu, bertunang merupakan satu perjanjian diantara lelaki dan wanita yang ingin berkahwin dan ia diuruskan oleh keluarga pihak lelaki ataupun perempuan.
Sebagai tanda ‘diikat’, wanita yang dilamar itu akan disarungkan cincin pertunangan oleh ibu atau wanita yang mewakili pihak lelaki selain kedua-dua pihak perlu menetapkan satu tempoh masa untuk majlis ijab kabul.
Tetapi hal sebaliknya pula yang berlaku kepada pertunangan Fizz ini.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story