Shila Amzah Kecewa Dengan Sharnaaz Tetapi Mahu Bangkit, Bakal Keluar Lagu Baru!

Shila Amzah Bangkit, Bakal Keluar Lagu Baru

Akhirnya terlerailah jua hubungan di antara penyanyi, Shila Amzah dan bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad setelah hubungan mereka untuk melangkah setapak ke hadapan tidak berjalan seperti yang dirancang.
Betullah kita sebagai manusia hanya mampu menyusun pelbagai strategi tetapi sama ada ia jadi atau tidak semuanya telah ditetapkan Allah SWT.
Inilah yang berlaku kepada platun lagu Patah Seribu ini. Kini segala yang terjadi dapat diterima Shila dengan hati terbuka.
Namun, melihat kepada ayat yang ditulis Shila,walaupun tidak menyebut nama, dia nyata kecewa dengan sikap Sharnaaz.
“Sangat menyedihkan apabila seseorang berjalan melepasi anda dan berpura-pura yang anda tidak pernah menjadi satu bahagian yang penting dalam hidupnya,” luah Shila melalui tweetnya.
Sharnaaz sebelum ini dilaporkan berkata, dia sudah tidak ambil pusing mengenai Shila.
Konflik antara Sharnaaz dengan keluarga Shila terutama melibatkan ND Lala mendapat perhatian seluruh negara dan keadaan menjadi hangat apabila Shila melarikan diri bersembunyi di Terengganu.
Namun, di sebalik semua kemelut antara keluarga itu, Shila kini dilihat mahu bangkit daripada kekecewaan.
Melalui akaun Twitternya, Shila memberitahu yang dia bakal mengeluarkan lagu baru.
“Permulaan baru, kehidupan baru, lagu baru akan terbit, Alhamdulillah,” katanya.
Kenyataan-kenyataan Shila di Twitter mendapat reaksi positif dari para peminatnya yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat.
Pastinya ini satu kebangkitan baru buat Shila.
Apa pun, sama-sama kita nantikan…
shilashila1
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Sumber: Twitter Shila Amzah


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story