Masjid Sheikh Zayed Paling Diperkatakan Di Dunia

Masjid Sheikh Zayed

Dubai – Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi telah diumumkan sebagai masjid yang paling banyak diperkatakan di seluruh dunia kerana keindahan hasil rekaannya yang bercirikan kesenian Islam.
Pada tahun lalu sahaja seramai 4.6 juta jemaah dan pelancong telah melawat masjid berkenaan dan ia kini berada sebaris dengan Colosseum, Eiffel Tower, Sydney Harbor, New York’s Central Park dan Table Mountain di Cape Town.
Menurut laman web TripAdvisor,sebanyak 1,400 ulasan dibuat dalam masa tujuh hari, bermula Isnin lalu.
“Dengan tersenarainya dalam laman web terkemuka dunia itu, ia merupakan satu pengiktirafan kepada keindahan dan hasil kerja mereka yang terlibat dalam pembinaan masjid ini,’’ kata pengarah masjid berkenaan, Yousif al Obaidli.
Majis itu turut menggunakan lampu bertahtakan emas 24 karat dan dihiasi dengan permaidani buatan tangan yang terpanjang di dunia.
Selain itu, penggunaan sistem pencahayaan yang menyinari bangunan berkenaan pada waktu malam, telah menambahkan keindahannya.
Ia dibina Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dan dibuka pada 2007, iaitu pada hari Raya Aidiladha.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join
https://www.facebook.com/groups/promoteblog untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story