Kisah Backstreet Boys Bakal Difilemkan

Kisah Backstreet Boys Bakal Difilemkan

Tentunya ramai yang masih mengingati kumpulan ‘boyband’ terkenal Amerika, Backstreet Boys (BSB) yang pernah menjadi fenomena kegilaan gadis seluruh dunia.
Antara lagu popular mereka ialah Everybody, Shape of My Heart dan Drowning.
Ini merupakan perkhabaran baik buat peminat yang masih merindui mereka.
Terbaru, sebuah filem yang mengisahkan mengenai perjalanan band itu daripada mereka kecil sehingga membesar bakal difilemkan.
Dokumentari yang masih dalam pembikinan itu merupakan arahan Stephen Kijak dan dijangka siap musim luruh ini.
BSB dilaporkan berkata, ““kami sentiasa mahu membuat filem dan sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk berkongsi cerita kami sempena ulang tahun ke-20 BSB.”
“Kami sangat teruja dengan kerjasama yang begitu bertenaga ini,” katanya.
BSB dianggotai A.J. McLean, Howie Dorough, Nick Carter, Kevin Richardson dan Brian Littrell sudah ditubuhkan sejak 1993.
Wah terubat juga rindu peminat BSB terutamanya yang membesar dengan lagu-lagu dendangan mereka.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story