Fouziah Gous Jadi Tokey Sarang Burung Walit

Fouziah Gous Jadi Tokey Sarang Burung Walit

KUALA LUMPUR – Selepas nama pelakon, Fouziah Gous ini sudah bertapak agak kukuh di dalam industri hiburan, kini dia ingin mencuba satu perniagaan yang agak lain daripada lain.
Fouziah ingin melakukan perniagaan yang amat jarang diceburi golongan Melayu iaitu perusahaan industri sarang burung walit.
Memetik laporan Mstar, Fouziah berkata dia telah mempelajari selok belok perniagaan sarang burung walit sejak setahun lalu dan ingin mengajar masyarakat Melayu tentang kebaikannya yang diterajui oleh golongan bangsa Cina sejak dahulu lagi.
“Perniagaan sarang burung walit antara perniagaan yang sangat menguntungkan. Bagi orang Cina, sarang burung ini adalah emas.
“Saya telah menjalani beberapa kursus dan mempelajari mengenai apakah burung Walit itu sehingga ia menghasilkan sarang.
“Kalau boleh, saya mahu mendidik golongan Melayu untuk mengenali perniagaan ini lebih-lebih lagi ia digunakan sebagai makanan kesihatan untuk mata, asma serta agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru,” katanya.
Tambahnya, kini dia menjadi pengedar dibawah nama My Walet Bird Nest dan akan mengedarkan produknya itu ke beberapa farmasi.
Setakat ini ia masih lagi dalam persiapan label sebelum ianya dilancarkan.
“Tidak sabar rasanya mahu memasarkan produk ini kerana ia benar-benar bagus.
“Memperkenalkan produk ini kepada orang Melayu juga merupakan satu cabaran buat saya, diharapkan ia berjaya,” katanya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story