Perniagaan Joe Flizzow Makin Maju

Perniagaan Joe Flizzow Makin Maju

Kini semakin ramai artis mencuba pelbagai cabang perniagaan untuk diterokai.
Yalah, ini pun sebagai langkah berjaga-jaga untuk masa hadapan.
Kita tak tahu apa yang bakal terjadi pada masa mendatang, jadi elok kita sentiasa beringat dari masa sekarang.
Kini, Joe Flizzow yang satu ketika dulu pernah popular dengan kumpulan Hip Hop, Too Phat sudah melangkah setapak dengan menjadi tauke kedai gunting rambut yang diberi nama Joe’s Barber Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.
Wah! Baguslah muda-muda sudah ada perniagaan sendiri.
Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsi oleh penyanyi itu, perniagaannya dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan.
Antara rakan artis yang sudah menggunakan perkhidmatannya ialah Aizat Amdan.
Dikhabarkan juga Joe bakal membuka satu lagi perniagaan yang berasaskan makanan pula yang diberi nama Joe’s Kitchen yang masih lagi dalam proses pengubahsuaian kedainya.
Buat Joe, semoga terus sukses dengan perniagaan yang diceburinya!
JOE
Oleh: JULIANA JOHAR
Foto: INSTAGRAM JOE FLIZZOW


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story