Ayu Raudhah Sokong Pilihan Rozita

Ayu

Pelakon Ayu Raudhah yang merupakan adik bongsu kepada pelakon cantik, Rozita Che Wan sentiasa menyokong pilihan siapakah bakal suami yang bakal menikahi kakaknya itu nanti.
Rozita sebelum ini dikhabarkan bakal mendirikan rumahtangga dengan pelakon kacukan Zain Saidin yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.
Mengulas mengenai perkara itu, Ayu berkata, “kalau sudah jodoh apa salahnya, saya sebagai seorang adik sangat menyokong apa yang dia mahukan dalam hidupnya. Tidak salah untuk melakukan perkara yang baik ini. Apa pun pilihan kakak, saya tetap menyokongnya.
“Kami sekeluarga tahu apa yang terbaik buat dirinya dan juga anak-anaknya. Lagipun dia yang akan hidup bersama-sama dengan bakal suaminya, jadi dia lebih tahu apa yang terbaik buat dirinya,” katanya memetik laporan portal Gua.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Ayu menyatakan keterujaan selepas bergelar ibu kepada Muhammad Aisy Qaiser yang telah dilahirkan pada penghulung Mac lalu.
““Saya seronok sangat apabila dapat melihat anak membesar di depan mata saya setiap hari. Apabila sudah menjadi seorang ibu barulah saya tahu bukan senang untuk menggalas tanggungjawab ini, banyak dugaan yang perlu saya tempuhi untuk membesarkan seorang anak,” katanya.
Pelakon bermata cantik ini juga berkata akan kembali aktif berlakon selepas Aidilfitri nanti untuk mengubat kerinduan peminat terhadap lakonannya yang sekian lama sudah ditinggalkan.
Oleh: AUDREY LEE

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story