Tiada Kena Mengena Dengan Kursus Kahwin - Kerana sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Qi Razali menerusi akaun Instagramnya, ramai peminat membuat spekulasi mengatakan dirinya dan kekasih, Nelydia Senrose sudah selamat menghadiri kursus perkahwinan.
Gambar terbabit menunjukkan Qi lengkap mengenakan baju melayu beserta songkok sementara si gadis pula berpakaian sopan baju kurung lengkap berhijab.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Nelydia berkata kepada Berita Harian, “memang ramai menganggap kami sudah selamat menjalani kursus perkahwinan. Sebenarnya kami sama-sama diundang untuk program Akustika Ramadan Raya TV3. Demi menghormati bulan mulia itu, kami diminta tampil sopan. Tak sangka pula ada yang tersalah anggap sebaik saja Qi memuat naik gambar itu di laman Instagramnya. Terima kasih kepada yang mendoakan, tetapi gambar itu tiada kena mengena dengan kursus kahwin”.
Pasangan pelakon ini berkenalan sejak terlibat dalam produksi drama bersiri Friday I’m in Love siaran TV9 dan hubungan mereka semakin rapat selepas Qi putus cinta dengan penyanyi Yuna. – MyNewsHub
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment