Kemesraan Antara Dua Pemimpin Utama…

Kemesraan Antara Dua Pemimpin Utama...

KEMESRAAN…Walaupun punyalah ‘berperang’ di luar sana, namun kedua-dua pemimpin ini masih boleh bergurau senda dan duduk makan semeja di Parlimen pagi tadi.
Inilah yang rakyat mahukan sebenarnya, kita boleh berbeza pendapat dalam banyak benda tetapi ini bukanlah bermakna kita perlu terus-terusan bermusuhan.
Seperti dalam gambar ini.
Entah apalah yang dibualkan sehingga mencuit hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cuma kita harap kemesraan sebegini bukanlah berakhir di sini sahaja.
Semoga gambar ini memberi kesedaran kepada penyokong-penyokong tegar parti-parti di luar sana agar janganlah kerana perbezaan fahaman dan ideologi, atau kerana terlalu taksub kepada seseorang pemimpin, kita sanggup melakukan apa sahaja sampai bertumbuk-tumbuk.
Wasatiah atau bersederhanalah dalam apa saja yang kita buat termasuklah dalam berpolitik.
Bersikap sederhana tidaklah bermaksud meremeh sesuatu perkara atau mengambil mudah akan sikap dan pendirian.
Bersikap terbuka juga berkait rapat dengan sifat wasatiah.
Sikap wasatiah juga mengimbangi akal pemikiran dan perlakuan daripada perbuatan melampau.
Allah menyatakan bahawa Dia membenci golongan yang berlebih-lebihan, dan melampau batasan.
Fikir-fikirkanlah…

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story