Balasan Mencederakan Pembantu Rumah!

cedera

KUALA LUMPUR — Seorang pendandan rambut dan isterinya
hari ini membayar pampasan RM4,000 kepada pembantu rumah mereka, warga Kemboja
kerana mencederakan mangsa.
Tan Mong Hu Wai, 36, menyerahkan wang itu semasa prosiding sebutan kes itu
di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozana Ali Yusoff di sini hari ini.
Pada 20 Jun lepas, mahkamah memerintahkan Tan dan isterinya Eng Lay Sang,
36, suri rumah membayar pampasan masing-masing RM2,000 kepada Chea Phalla, 28,
selepas mereka didapati bersalah mencederakan wanita itu.
Rozana memerintahkan pasangan itu membayar pampasan itu pada atau sebelum 20
Julai ini, jika gagal mereka boleh dipenjarakan empat bulan.
Hakim turut menjatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 atau penjara
10 bulan terhadap Tan manakala isterinya dipenjara 12 bulan dan didenda RM6,000
atau penjara enam bulan.
Mereka membayar denda itu.
Pasangan itu didakwa mencederakan Chea dengan memukulnya berulang kali
menggunakan kasut kayu, botol arak kosong, penimbang berat badan, pisau dapur,
batang rod aluminium, seterika, kerusi plastik dan besen.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di No B-13-6,
Plaza Prima Setapak, Jalan Prima Setapak 5, Off Jalan Genting Klang, Setapak,
Sentul dekat sini pada 16 Ogos 2011 hingga 24 Mei 2012.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama
Seksyen 34 kanun sama dan dihukum menurut seksyen dan akta sama yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal manakala
kedua-dua tertuduh diwakili K.C. Hue. — BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story