‘Solat Istisqa Minta Hujan’ – Jamil Khir

Jamil Khir

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengadakan satu solat “memohon hujan” pada Selasa, di Masjid Negara selepas waktu Zohor ekoran krisis jerebu yang melanda negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) akan menggunakan pendekatan solat Istisqa bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Menurutnya, solat “memohon hujan” itu telah diamalkan pada zaman Rasulullah S.A.W untuk memohon pertolongan ALLAH S.W.T menurunkan hujan.
“… negara mengalami darurat kerana jerebu, jadi saya berpandangan keadaan ini perlu diusahakan dan diikhtiar supaya kembali kepada keadaan yang baik dan normal seperti sediakala.
“Jadi, saya ingin mengajak semua umat Islam supaya menggunakan pendekatan yang telah diajarkan kepada kita.
“Antara yang boleh dilakukan ialah berdoa ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, doa secara sendirian dan melakukan solat Istisqa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah ahli Parlimen sesi 2013-2018, di sini, hari ini. –Sinar Harian Online

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story