Kerajaan P.Pinang Sedia 200,000 Topeng Muka

Topeng Muka

GEORGETOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang menyediakan 200,000 keping topeng muka jenis tiga lapis untuk diedarkan kepada orang ramai dengan keutamaan kepada pelajar sekolah dan warga emas jika keadaan jerebu di negeri ini semakin teruk.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pulau Pinang ketika ini masih di tahap sederhana.
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat pembakaran terbuka, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
“Bagi pembakaran secara terbuka oleh pihak komersial seperti kilang atau sebagainya akan dikenakan kompaun sehingga RM500,000 manakala penduduk yang membakar sampah di rumah mereka akan diberikan nasihat agar tidak berbuat demikian walaupun untuk tujuan keagamaan bagi mengelak keadaan jerebu bertambah teruk,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri Ahmad Tarmizi Kamaruddin menyarankan pihak sekolah mengehadkan aktiviti di luar kelas dalam keadaan jerebu walaupun tahap IPU di Pulau Pinang masih dalam keadaan terkawal.
Beliau turut meminta pengurusan sekolah menangguhkan aktiviti hari terbuka seperti Hari Sukan dan Hari Kantin sehingga keadaan kualiti udara kembali pulih seperti biasa. – BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story