Hujan Diramal Beberapa Hari Mulai Sabtu

Hujan Diramal Beberapa Hari Mulai Sabtu

KUALA LUMPUR – Hujan diramal berlaku di beberapa tempat di persisiran pantai Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor mulai awal pagi Sabtu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).
JMM dalam kenyataan hari ini berkata untuk beberapa hari akan datang, angin bertiup dari arah barat ke barat daya dengan kelajuan antara 10 dan 20 kilometer sejam.
“Negara masih lagi mengalami Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga September depan,” menurut kenyatan itu.
Pada sebelah petang pula, hujan curah dijangka berlaku di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Sementara ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di pedalaman Semenanjung, Kelantan, Terengganu dan Pahang, pada lewat petang dan malam.
Di Sabah dan Sarawak, angin amnya bertiup dari barat daya dengan kelajuan antara 10 hingga 20 kilometer sejam.
“Cuaca di Sabah adalah baik pada waktu pagi manakala pada sebelah petang ribut petir dijangka di satu dua tempat di kawasan pedalaman dan Sandakan,” menurut kenyataan itu.
Di Sarawak, cuaca baik dijangka di kebanyakan tempat kecuali Miri dan Limbang dengan ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang. – BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story