Kristen Stewart Mengaku Kalah Dengan Katy Perry


Kristen Stewart Mengaku Kalah Dengan Katy Perry
Kristen Stewart Mengaku Kalah Dengan Katy Perry - LOS ANGELES : Pelakon popular Hollywood, Kristen Stewart tertekan dengan hubungan baik antara penyanyi lagu Firework, Katy Perry dengan bekas teman lelakinya, Robert Pattinson.
Menurut sumber, Stewart, 23, mengakui dia tertekan kerana tidak dapat menyaingi Perry untuk mendapatkan kembali Pattinson.
Pattinson didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan Perry kerana mereka dilihat banyak menghabiskan masa bersama sejak hero filem romantik Twilight itu berpisah dengan Stewart.
“Dia (Stewart) tahu Pattinson berjumpa dengan keluarga Perry sekarang. Melihat mereka bertemu janji adalah sesuatu sangat menyeksakan,” kata sumber tersebut kepada majalah Heat.
“Apabila dia tahu Pattinson mempunyai minat terhadap muzik, Stewart sedar dirinya tidak boleh dibandingkan dengan Perry,” tambahnya.
Baru-baru ini, pasangan tersebut menghadiri konsert penyanyi popular Bjork dan cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan media dengan datang secara berasingan.
Pasangan itu disahkan berpisah apabila Pattinson meninggalkan rumah Stewart selepas dia meraikan ulang tahun ke-21 pada 13 Mei lalu. – Agensi

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story