SANDAKAN – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di sini merampas 980 kilogram minyak masak yang cuba diseludup ke negara jiran selepas menahan sebuah kumpit berhampiran Pulau Berhala dekat sini pada Khamis lepas.
Berikutan rampasan itu, lapan juragan dan krew warga Filipina kumpit itu yang berusia lingkungan 20 hingga 46 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Ketua Penguatkuasa APMM Sandakan Kapten Maritim Abdul Razak Abdul Rahman berkata kumpit berdaftar di Filipina itu ditahan pada pukul 4 petang ketika melalui pusat pemeriksaan terletak berhampiran Pulau Berhala.
Hasil pemeriksaan lanjut menemui 58 kotak mengandungi minyak masak seberat 980 kilogram di dalam kumpit itu, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment