Program MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) semakin menghampiri kemuncaknya apabila tiga selebriti bakal bersaing malam ini untuk peringkat separuh selepas Kenchana Dewi diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Penyingkiran Kenchana Dewi diumumkan malam tadi selepas dia mendapat markah terendah berbanding tiga peserta lain yang turut bersaing bersama dengannya dalam cabaran menyediakan resepi malam tadi.
Kenchana mendapat 7.5 markah berbanding Syura (8.5), Che Ta (9.5) dan Celina (9.0). Untuk saingan malam tadi, mereka terpaksa bersaing dengan Chef Fuad dalam menyediakan sajian Risotto Tomyam mengikut resepi yang disediakan.
Chef Fuad yang merupakan saingan mereka adalah chef jemputan yang 22 tahun pengalaman dalam bidang masakan.
Dengan penyingkiran itu, Kenchana Devi berjaya menyumbang RM9000 kepada Child Information, Learning And Development Centre (CHILD).
Sementara itu, tiga peserta yang tinggal iaitu Rozita Che Wan, Syura dan Celina akan meneruskan saingan malam dalam pusingan separuh akhir untuk mencari siapakan dua finalis yang bertarung merebut gelaran juara MSM2.
Apakah cabaran yang akan mereka lalui pada malam ini? Siapakah yang akan tersingkir untuk memberi laluan kepada dua finalis merebut gelaran juara? Saksikan separuh akhir MasterChef Selebriti Malaysia 2 malam ini di saluran Astro Ria (104) dan Astro Mustika HD (134). – Murai
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment