Hanez Suraya Dan Awi Rafael Berpisah Bukan Kerana Orang Ketiga!


Hanez Suraya Dan Awi Rafael Berpisah Bukan Kerana Orang Ketiga!
Hanez Suraya Dan Awi Rafael Berpisah Bukan Kerana Orang Ketiga! – KUALA LUMPUR : Gempar juga industri hiburan tanah air seketika apabila hubungan cinta yang terjalin di antara dramatis muda cantik, Hanez Suraya dengan komposer dan penyanyi Singapura, Awi Rafael terputus di tengah jalan. Semalam di akhbar Berita Harian, Hanez Suraya telah memberikan kenyataan mengenai isu perpisahannya dengan Awi Rafael itu.
Bagi mendapatkan info serta kesahihan mengenai berita ini, murai.com.my sendiri telah menghubungi Hanez Suraya untuk mendapatkan kenyataan lanjut. Namun begitu dia berharap tiada pihak yang salah fahamdengan kenyataannya di dalam Berita Harian itu.
“Saya kalau boleh tidak mahu komen lagi mengenai kenyataan di dalam akhbar tersebut. Takut nanti tersalah cakap akan memburukkan keadaan. Niat saya sekadar ingin menjelaskan situasi sebenar hubungan saya dan Awi.
“Kami berdua masing-masing sedang memberikan fokus kepada karier. Walaupun sama industri tetapi karier kami berbeza. Saya tahu Awi punya impian yang besar dalam karier yang dipilihnya dan buat seketika ini saya mahu dia fokus pada yang itu dahulu.
“Tindakan ini pada saya adalah supaya Awi tidak menanggung banyak komitmen sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang menjadi impiannya. Itu sahaja. Tiada sebab atau masalah peribadi di antara kami apatah lagi perselihan faham.
“Saya anggap ini antara persediaan awal saya memperjelaskan situasi sebenar sebelum ada yang ternampak saya keluar bukan dengan Awi Rafael, lain pula cerita yang akan tersebar ,”ujar Hanez yang menolak sekeras-kerasnya punca keretakan hubungan mereka disebabkan orang ketiga.
Bagi Hanez jika ada yang mengatakan tindakannya itu tidak wajar, dia tidak boleh menghalang. Kerana itu selagi mampu untuk dia berada di landasan yang betul, Hanez cuba untuk tidak menipu hati dan perasaan walaupun Awi pernah menjadi jejaka yang bertakhta dihatinya.
“Setahun lamanya kami rapat dan bercinta, di antara kami tidak ada sebarang isu ada masalah peribadi dan sebagainya. Cuma hubungan yang ada sekarang seperti semakin jauh dan saya tahu ini kerana fokus masing-masing dalam karier.
“Jadi inilah jalan yang terbaik yang mampu saya fikirkan untuk kebaikan bersama. Bukan sebab berubah hati atau apa tetapi ia sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Takkan selamanya muka nak senyum tetapi di dalam hati kita tidak gembira.
“Selepas kenyataan yang saya buat itu, kami tiada berkomunikasi cuma Awi ada letakkan statusnya di Twitter dan saya anggap kami berdua memahami apa yang masing-masing cuba sampaikan. Lagipun perkara ini pun asalnya bukan datang daripada saya mahupun dia tetapi orang luar yang melihat kami berdua.
“Harapan saya adalah supaya tiada yang melihat tindakan saya itu dari sudut negatif. Saya dan Awi juga seperti manusia lain, yang ada impian dan ada hati yang perlu dijaga. Kami tetap kawan dan saya tidak akan berhenti menyokong Awi untuk terus berjaya mengejar cita-citanya itu,”ujar Hanez Suraya panjang lebar dan berharap jawapannya ini dapat memberi gambaran jelas status sebenar tindakannya itu.
Duta untuk produk kecantikan Aura White ini mengenali Awi Rafael selepas terdengar lagu Bila Aku Jatuh Cinta dendangan penyanyi itu dan mereka telah bertemu di sebuah majlis tahun lepas. Bibit-bibit cinta di antara mereka bermula selepas Hanez menjadi model untuk klip video lagu hits Awi, Asalkan Aku OK! tahun lalu dan mereka telah bercinta lebih kurang setahun. – Murai

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story