Rakyat M’sia Ke Jepun Dikecualikan Visa

Rakyat M'sia Ke Jepun Dikecualikan Visa Mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia, yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip, tidak perlu mendapatkan visa untuk berkunjung ke Jepun untuk tempoh jangka pendek mulai 1 Julai ini.
Kedutaan Jepun di sini berkata, kerajaan negara itu memperkenalkan kemudahan pengecualian visa sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan Persahabatan danKerjasama Asean-Jepun.
“Perkembangan ini dijangka akan meningkatkan lagi pertukaran antara Jepundan Malaysia dengan peningkatan pelancong Malaysia ke Jepun serta meningkatkan kemudahan perniagaan antara dua negara,” menurut kenyataan kedutaan itu.
Rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat relevan boleh berkunjung ke Jepun tanpa mendapatkan visa untuk tempoh jangka pendek tidak melebihi tiga bulan berturut-turut.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang tidak memegang pasport biometrik biasa dengan dilengkapi mikrocip dinasihatkan mendapatkan visa sebelum ke negara tersebut. – BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story