Dengan sekali lafaz pelakon Pierre Andre, 28, sah begelar suami kepada Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati Selayang semalam.
Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre dan Hidayah dinikahkan oleh Imam masjid tersebut Mohamad Zuhdi Razali berwalikan bapa pengantin perempuan pada kira-kira pukul 2.10 petang.
Menurut BUdiey.com, pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan dan beg jenama Guess, wang hantaran, telekung, set minyak wangi, telefon bimbit I-Phone 5 dan set barang kemas jenama Habib Jewels.
Sementara itu pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada buku, sepasang kasut jenama New Ballance, coklat, seutas jam tangan Alexandre Christie, set kamera, set minyak wangi, barangan elektronik PSVita Wifi, sebentuk cincin dan sirih junjung Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM20,000 sebagai wang hantaran.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pierre menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah.
Sebelum ini pasangan yang menyulami cinta selama lapan bulan itu telah mengikat tali pertunangan pada 9 Februari lalu di kediaman Hidayah di Pasir Gudang, Johor Bahru.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment