Ibu Kugan Menang Saman Polis RM851,700

Ibu Kugan Menang Saman Polis RM851,700

KUALA LUMPUR – N. Indra, ibu kepada A. Kugan, yang meninggal dunia semasa dalam tahanan polis hari ini menang dalam kes samannya terhadap kerajaan dan polis.
Hakim Mahamah Tinggi Datuk V.T Singham memberi award RM851,700 kepada Indra bagi ganti rugi serangan dan memukul, penjara palsu, misfeasans, kesakitan dan penderitaan.
Hakim Singham juga memerintahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (yang ketika itu Ketua Polis Selangor), bekas polis konstabel V. Navindran, bekas Ketua Polis Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar (yang telah meninggal dunia), ketua polis negara dan kerajaan untuk membayar RM50,000 sebagai kos.
Dalam keputusan pentingnya, Hakim Singham mendapati plaintif telah membuktikan tuntutannya terhadap defendan-defendan.
Hakim Singham juga berkata keterangan yang dikemukakan bagi pihak defendan tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai terhadap pentingnya keseluruhan keterangan.
“Mahkamah juga mendapati beberapa material yang ketara percanggahannya antara Khalid dan saksi defendan berhubung siasatan atas kematian itu.
“Tiada seorangpun dalam mana-mana jawatan atau pangkat apabila memberi keterangan di mahkamah supaya jangan memandang remeh terhadap mahkamah dan cuba menghalang kebenaran untuk mengelak daripada liabiliti,” katanya.
Beliau juga berkata Khalid bertanggungjawab berhubung kesalahan yang dilakukan dalam kes ini.
“Kematian semasa dalam tahanan adalah jenayah serius. Oleh itu, sebaik sahaja ia dilaporkan, pihak berkuasa tertinggi polis perlu bertindak segera.
“Mereka perlu memastikan siasatan dijalankan segera oleh agensi siasatan bebas atau sekurang-kurangnya mencadangkan satu inkues,” katanya.
Pada 13 Jan, Indra selaku pentadbir harta pusaka Kugan, menamakan Khalid sebagai defendan pertama, Navindran sebagai defendan kedua, diikuti Zainal Rashid, Ketua Polis Negara dan kerajaan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa kesemua defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan simati (Kugan) semasa dia dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Jan, 2009 dan untuk menyelia serta mengawasi anggota polis di situ.
Kugan, 22, ditahan kerana disyaki suspek kes curi kereta mewah dan meninggal dunia ketika berada dalam tahanan polis.
Navindran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mencederakan Kugan. – Bernama

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story