17 Cedera Bas Israel Meletup

Bas Meletup

Tel Aviv – Seramai 17 penduduk Israel cedera dalam letupan dalam bas berhampiran Kementerian Pertahanan semalam, kata perkhidmatan kecemasan Israel.
Letupan berlaku ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, berada di Israel untuk berunding dengan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengenai cara menamatkan pertumpahan darah di Gaza sejak minggu lalu.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom, berkata seorang parah, tiga cedera tahap sederhana dan tujuh lagi cedera ringan manakala enam dirawat kerana terkejut dengan kejadian itu.
Polis berkata, letupan berlaku di Jalan Shaul HaMelech yang terletak di belakang kementerian pertahanan Israel.- AFP

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story