Paris Hilton Dikritik Kerana Buka Kedai Di Mekah




BARU-BARU ini, Paris Hilton telah dikecam oleh masyarakat di Mekah gara-gara membuka kedai jenama miliknya di sebuah pusat beli belah di kota itu.

Menurut laporan Huffington Post, pemilik jenama tas tangan dan aksesori Paris Hilton itu dianggap akan mengganggu konsentrasi urusan ibadah umat Islam.

Dalam masa yang sama Paris memiliki latar belakang kurang elok sebagai pelaku video porno yang dilihat memberi gambaran buruk terhadap kota yang dikunjungi umat Islam itu.



Kedai Paris Hilton di Mekah. 



"Seronoknya, kedai baru ku yang cantik kini dibuka di pusatbeli belah Mekah, Arab Saudi,” kata Paris menerusi entri Twitter miliknya.

Kegembiraan Paris menyampaikan berita itu terbantut apabila ramai yang memberi respons negatif.

"Jadi Paris Hilton buka kedai di Mekah? Dunia benar-benar sudah teruk. Tolong hantar saja saya ke planet Marikh," kata salah satu pengguna Twitter yang menyindirnya.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story