Video Mat Luthfi Dah ‘Grad’. Tahniah!

Video Mat Luthfi Dah 'Grad'. Tahniah!

Seperti biasa bagi anda yang kaki Youtube pasti kenal dengan nama Mat Luthfi ni.
Ada saja video yang dibuatnya bagi memberi kata-kata semangat, info-info, nasihat dan pengalaman yang diperolehnya kepada rakan-rakan di Youtube.
Kini yang terbaru, Mat Luthfi sudah pun tamat belajar di Curtin Universiti, Perth, Australia. Tahniah diucapkan!
Dia sekarang memegang ijazah dalam School of Built Enviroment.
Lihat video yang berjudul Hari Jubah di bawah ini.
Ia pasti menghiburkan anda…
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Hutang Negara Masih Pada Tahap Baik – Dr M

Hutang Negara Masih Pada Tahap Baik - Dr M

PUTRAJAYA – Nisbah kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berada pada tahap 53 peratus masih dianggap ‘baik’ untuk negara disokong oleh pendapatan dan dagangan yang terus meningkat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kita masih boleh membayar (hutang). Kita masih boleh membayar kerana kita nampak pelaburan (memberikan) keuntungan (yang) tinggi,” kata bekas Perdana Menteri dalam satu temu ramah dengan Bernama.
Dr Mahathir berkata ketika zaman pentadbirannya, keuntungan Maybank sebanyakRM300 juta sudah dianggap besar.
“Sekarang Maybank untung RM6 billion,” kata beliau. Dr Mahathir berkata terdapat negara di Eropah seperti Greece yang tidak mungkin dapat membayar hutangnya kerana nisbah hutang negara itu kepada KDNKnyamelebihi 100 peratus.
“Ia (Greece) tidak mungkin (mampu) bayar,” kata beliau. Dr Mahathir berkata Bank Negara Malaysia (BNM) kini mempunyai simpanan kira-kira US$140 bilion (US$1=RM3.08) berbanding di semasa pentadbirannya hanya berada sekitar US$30 bilion.
Setakat 31 Jan, 2013, rizab antarabangsa BNM berjumlah US$140.2 bilion.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan 4.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Keseluruhan aset BNM, termasuk rizab antarabangsa, berjumlah US$158 bilion.
Bekas Menteri Kewangan itu berkata Malaysia juga mempunyai simpanan yang besar di institusi seperti Tabung Haji, Permodalan Nasional Bhd dan juga melalui Skim Felda.
“Kita ada simpanan yang cukup besar …cukup tinggi,” kata beliau.
Semasa ditanya adakah dagangan Malaysia masih bergantung kepada Barat walaupun ekonominya yang lemah, Dr Mahathir berkata: “Kita tidak lagi bergantungkepada Barat. Barat sudah merosot. Eksport kita ke Barat pun tidak boleh meningkat dan Barat juga tidak mampu untuk melabur sekarang ini.”
Dr Mahathir berkata kini pelaburan dilihat datang dari Timur dan dagangan negara juga semakin meningkat.
““Dagangan kita dengan negara China umpamanya sudah baik (dan ia) cukup tinggi. Dagangan kita dengan Asean juga meningkat. Jadi kita tidak perlu nilai kemajuan ekonomi negara kita berasas kepada Barat,” kata beliau.
Sebaliknya, kata beliau, penilaian harus mengambil kira kemajuan ekonomi di seluruh dunia.
“Dari segi keseluruhan dunia kita dapati bahawa eksport kita masih meningkat, surplus (lebihan dagangan) kita masih meningkat,” kata Dr Mahathir.
Perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan tiga peratus pada 2012 meskipun krisis kewangan dan kelembapan ekonomi global serta permintaan dunia yanglembap.
Walaupun pertumbuhan di bawah unjuran, negara mencatatkan jumlah dagangan tertinggi pada RM1.31 trilion tahun lepas berbanding dengan RM1.27 trilion yang dicatatkan pada 2011.
Bagi tahun 2012, eksport berkembang sebanyak 0.6 peratus kepada RM702.19bilion manakala import meningkat 5.9 peratus kepada RM607.36 bilion.
Lebihan dagangan sebanyak RM94.82 bilion pada 2012, tahun ke-15 berturut-turut lebihan dagangan bagi Malaysia.
Antara lima rakan dagang utama, pengembangan dagangan dicatatkan dengan Asean (+8.2 peratus) dan China (+8.0 peratus) manakala dagangan dengan AmerikaSyarikat (-2.8 peratus). – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Anuar Zain Tidak Mencari Cinta

Anuar Zain Tidak Mencari Cinta

Penyanyi yang sering dilabel eksklusif, Anuar Zain menyatakan bahawa dia tidak mencari cinta di kala umurnya kini sudah mencecah 43 tahun.
Bercakap kepada Kosmo, Anuar menjelaskan, “buat masa sekarang saya masih bersendirian, biar ditemukan cinta jangan kita mencari cinta”.
Selain itu, Anuar juga dikenali ramai sebagai salah seorang selebriti yang kurang gemar dan sedikit berahsia untuk bercerita mengenai hal peribadinya kepada mana-mana media.
“Saya memilih sesuatu bukan untuk karier semata-mata bahkan lebih kepada kehidupan. Terlebih publisiti bisa membunuh karier sendiri,” katanya.
Baguslah begitu, respek dengan cara kerja Anuar yang sentiasa menolak tepi perkara-perkara remeh yang mampu menganggu gugat karier seninya yang sudah berusia 30 tahun itu.
Esok, Anuar bakal mempersembahkan konsert solonya, Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari di Stadium Melawati, Shah Alam.
Konsert berskala besar ini akan dipimpin oleh pengarah muzik hebat tanah air, Mac Chew serta persembahannya juga bakal diiringi oleh 26 ahli orkestra.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Aznil, Rozita Masuk MasterChef Selebriti 2?

Aznil, Rozita Masuk MasterChef Selebriti 2?
Tidak tahu lah sama ada perkhabaran ini adalah benar atau tidak.
Ini kerana menurut portal hiburan Murai, terdengar ura-ura bahawa artis yang baru dikurniakan pangkat Datuk, Aznil Nawawi dan kekasih kepada Zain Saidin iaitu Rozita Che Wan bakal menyertai pertandingan realiti masakan terbitan Astro Ria.
Sebelum ini, Zain sudah mendedahkan bahawa dia bakal terlibat dengan rancangan itu biarpun belum ada sebarang perkhabaran rasmi mengenai perkara itu.
Wah nampaknya makin ramai artis popular yang berminat untuk menyertai MasterChef Selebriti 2!
Kita tunggu saja pengumuman yang bakal dibuat pihak Astro tidak berapa lama lagi.
Mungkin kejayaan MasterChef Selebriti 1 sebelum ini menjadi faktor penglibatan mereka dalam program ini.
Musim lalu, rancangan itu dimenangi oleh Dr Fazley dan tempat kedua diraih oleh Angah Raja Lawak.
Antara artis yang terlibat pada musim lalu ialah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Tomok, Raja Azmi, Azwan Ali dan Jehan Miskin.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Malaysia Bakal Dihentam Asteroid?

asteroid - malaysia

Mungkin ramai yang melihat isu asteroid atau tahi bintang sebagai isu yang kurang relevan dengan diri mereka.
Tidak kurang yang menganggap ia isu yang hanya perlu diberikan perhatian oleh para saintis sahaja.
Semua ini berpunca dari sikap sama setiap manusia yang selalu yakin perkara buruk tidak akan berlaku kepada mereka tetapi kepada orang lain.
Sebab itu ramai yang bila membaca pelbagai kejadian jenayah di akhbar tetap tidak akan mengambil langkah-langkah tambahan untuk melindungi diri sendiri…kerana beranggapan jenayah akan hanya berlaku kepada pihak lain.
Berbalik kepada isu asteroid – malam ini, sebuah asteroid dengan diameter 160 kaki dikenali 2012 DA14 melepasi bumi.
Waktu ketibaannya? Pada 2.24 petang ikut Eastern Standard Time, atau 1.24 pagi waktu Singapura dan Malaysia.
Asteroid itu dipercayai menjadi punca kepada hujan meteor sehingga menyebabkan kecederaan melibatkan ratusan orang di wilayah Chelyabinsk, Russia.
Jika 2012 DA14 mengenai bumi, ia akan mempunyai kekuatan 1,000 buah bom atom yang digugurkan ke atas Hiroshima. Ia mampu memusnahkan bandar sebesar London.
Kali ini kita bernasib baik kerana ramalan saintis ia akan hanya melalui luar bumi.
2012 DA14 sebenarnya adalah objek angkasa yang paling rapat dilaporkan pernah melalui orbit bumi sejak manusia mula merekodkan sejarah.
Bayangkan jika ia menghentam mana-mana bandar di Malaysia?
Bukan bertujuan menakutkan, tetapi kita tidak boleh bersikap macam contoh di atas, beranggapan perkara yang buruk akan hanya berlaku ke atas orang lain.
Malaysia mempunyai sejarah dihentam asteroid…salah satu adalah Lembangan Maliau di Sabah.
Kini ramai yang memuji keindahan lembangan itu tanpa menyedari ia adalah bekas hentaman asteroid.
Bayangkan jika 2012 DA14 mengenai Malaysia?
2012 DA14 hanya dikesan saintis 12 bulan yang lalu sahaja…bererti jika sesuatu asteroid menuju tepat ke bumi dan hanya dikesan dalam tempoh pendek itu, maka apa yang boleh penduduk bumi lakukan?
Kini, Agensi Angkasa Eropah (ESA) sedang berusaha dengan Makmal Fizik Amalan Universiti Johns Hopkins mencari jalan bagaimana menangkis asteroid yang hinggakan sebesar gunung – bak dalam filem Armageddon ataupun Deep Impact.
Namun, mampukah manusia menemui jalan untuk mengelakan hentaman asteroid di masa hadapan?
Apakah yang mampu kita lakukan jika ia menghala ke Malaysia suatu hari nanti?
Berdoalah agar tidak…sumber


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Polis Tumpaskan Geng Samun ‘Boy Black’

Polis Tumpaskan Geng Samun 'Boy Black'

JOHOR BAHARU – Polis percaya berjaya menumpaskan kumpulan yang terlibat dengan sekurang-kurangnya 11 kes samun di bandar raya ini dengan penahanan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan dekat Kempas dan Kangkar Pulai, di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata ketiga-tiga mereka yang merupakan anggota kumpulan ‘Boy Black’ itu ditahan pada 3 petang dan 6.40 petang di dua rumah selepas polis mendapat maklumat berkaitan jenayah terbabit.
“Modus operandi mereka adalah memecah masuk ke dalam rumah dan mengacukan parang bagi menakutkan mangsa sebelum melarikan barangan berharga dan kereta mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Noor Hashim berkata polis merampas pelbagai hasil samun dan peralatan yang digunakan untuk melakukan jenayah itu termasuk dua kamera, lima jam tangan, lapan telefon bimbit, satu kunci kereta jenis Toyota, alat pengering rambut, parang panjang, pisau, kapak dan sejumlah wang kertas beberapa negara yang dianggarkan berjumlah RM250.
Beliau berkata ketiga-tiga mereka yang berumur 22 hingga 29 tahun itu mengaku terlibat dengan 11 kes samun di sekitar Nusajaya, Skudai dan Tampoi, di sini.
Katanya suspek didapati positif dadah dan kini ditahan reman sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Sehubungan penahanan mereka, polis katanya ingin meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lagi lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut untuk siasatan.
“Lelaki itu Siva a/l Muni Samy yang memiliki kad pengenalan bernombor 800303-01-5361 dan beralamat di nombor 4, Jalan Tembaga Merah 3, Taman Sri Skudai, di sini. Dia disenaraikan sebagai orang dicari polis dan mempunyai rekod berkaitan dadah dan menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya,” katanya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lelaki Berubah Wajah Sebab Pewarna Rambut?

Lelaki Berubah Wajah Sebab Pewarna Rambut?

Akibat menggunakan pewarna rambut, seorang lelaki mengalami alah yang teruk pada bahagian kepalanya.
Wajahnya kelihatan membengkak seperti alien selepas menggunakan pewarna rambut berkenaan.
Tiada maklumat penuh mengenai lelaki ini tetapi menurut rakannya Raddit, lelaki ini telah mewarnakan rambut selepas gambar pertama diambil.
Hari demi hari wajahnya semakin membengkang sehingga ramai kenalannya tidak mengenali lelaki ini.
Lihat gambar di bawah ini.
2013-02-14_145350
2013-02-14_145358
2013-02-14_145405
2013-02-14_145413
2013-02-14_145422
2013-02-14_145430
2013-02-14_145440
2013-02-14_145447
2013-02-14_145506



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

JPJ Tetap Akan Pasang Kamera AES Di P.Pinang

JPJ Tetap Akan Pasang Kamera AES Di P.Pinang

BUTTERWORTH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang tetap akan memasang Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri ini walaupun tidak mendapat kebenaran kerajaan negeri.
Pengarah JPJ Pulau Pinang, Datuk Hassan Yaccob berkata, pihaknya mempunyai hakuntuk memasang AES di jalan-jalan persekutuan di negeri ini tanpa perlumendapat kebenaran kerajaan negeri.
Katanya, setakat ini masih belum ada rundingan atau perbincangan dibuat antara JPJ dan kerajaan negeri berhubung pelaksanaan sistem itu, namun pihaknyabersedia berbuat demikian sekiranya dipanggil.
“Kami akan pasang di jalan-jalan persekutuan kalau kerajaan negeri masihtidak benarkan. Mereka (kerajaan negeri) tidak boleh halang sebab jalan itu di bawah persekutuan, kecuali jalan negeri. Tapi, kalau boleh kami hendak pasang di semua jalan.
“Tetapi kita pun tidak mahu bersikap biadap dan akan berhubung dengan mereka (kerajaan negeri) sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya pada sidang akhbar Op Selamat Tahun Baru Cina di Stesen Penguatkuasaan JPJ Penaga, di sini, Jumaat.
Hassan berkata, JPJ masih menunggu kebenaran daripada Jabatan Peguam Negaraberikutan terdapat beberapa perkara yang masih dalam peringkat perbincangan, tetapi beliau percaya pemasangan AES di Pulau Pinang akan dibuat secepat mungkin.
Katanya, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 59 lokasi di sekitar negeri ini sebagai lokasi berisiko kemalangan, terutama kemalangan maut, untuk pemasangan kamera AES.
“Daripada jumlah itu, 39 akan dipasang di jalan utama dan lebuh raya bagi mengesan kesalahan membabitkan had laju, sementara 18 lagi akan dipasang di kawasan lampu isyarat. Kemungkinan kami akan pasang AES separuh daripada 59 lokasi yang telah dikenal pasti itu iaitu di jalan-jalan persekutuan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata kempen Op Selamat di Pulau Pinang pada kali ini menunjukkan perubahan yang ketara apabila pemandu mula sedar tentang undang-undang jalan raya dengan tidak menjadikan jalan raya sebagai kawasan kemalangan.
“Statistik penuh akan dikeluarkan selepas tamat operasi itu iaitu 17 Februari ini, tetapi apa yang saya boleh maklumkan Op Selamat pada kali ini mencapai objektifnya apabila jumlah saman yang dikeluarkan, kesalahan dilakukan pemandu dan jumlah kemalangan menurun dengan ketara,” katanya.
Katanya, sepanjang operasi itu pihaknya turut menjalankan penyamaran iaitu anggota JPJ Pulau Pinang menaiki bas ekspres dan hasilnya mendapati ia memberi kesan positif.
“Sehingga Rabu, tiada saman dikeluarkan ke atas pemandu bas ekspres kerana mereka mematuhi peraturan dan ini menunjukkan kaedah yang dijalankan anggota JPJ berjaya mendisiplinkan pemandu bas ekspres,” katanya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Sejarah…Rakyat M’sia Menang Fotografi Dunia

Sejarah...Rakyat M'sia Menang Fotografi Dunia

Seorang jurugambar rakyat Malaysia, Wei Seng Chen mencipta sejarah apabila memenangi  tempat pertama bagi kategori sukan dalam anugerah World Press Phot0 yang diadakan di Amsterdam, Belanda, hari ini.
Gambarnya yang memaparkan sukan lasak yang terdapat di Indonesia merupakan antara kategori utama yang dinanti-nantikan oleh semua pencinta fotografi seluruh dunia
Imej yang dirakamkannya itu memaparkan gambar seorang lelaki sedang memegang ekor dua ekor kerbau jantan di kawasan sawah padi di Batu Sangkar, Indonesia.
Majlis anugerah tahunan ini telah mempertaruhkan sebanyak sembilan kategori yang turut disertai oleh 54 jurugambar dari serata dunia yang terpilih pada peringkat akhir.
Sementara itu, jurugambar kelahiran Sweden, Paul Hansen memenangi hadiah utama apabila gambarnya yang memaparkan imej dua kanak-kanak Palestin terbunuh dalam serangan yang dilancarkan Israel tahun lalu.
Secara keseluruhannya, sebanyak 103,481 gambar telah dihantar oleh 5,666 jurugambar dari 124 negara yang mengambil bahagian pada pertandingan ini.
Dengan kemenangan itu, Hansen meraih wang tunai berjumlah €10,000 (RM41,252) dan gambarnya kemenangannya itu bakal dipamerkan di Pameran Seni di Amsterdam pada 25 hingga 27 April depan.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gadis Malaysia ‘Meletup’ Lepas Wajahnya Dikatakan Iras Penyanyi K-pop Terkenal

Gadis Malaysia Mirip Yoona!

Bagi peminat-peminat K-Pop tentunya teruja dengan cerita ini.
Seorang gadis di negara kita memiliki rupa seakan-akan penyanyi Korea Selatan terkenal yang bernama Yoona.
Yoona, 23, merupakan salah seorang ahli daripada kumpulan Girls Generation.
Difahamkan bilangan ‘follower’ gadis yang dikenali sebagai Rabiatul Afifah di laman Twitternya terus meningkat sehingga  21,000 selepas wajahnya yang dikatakan mirip penyanyi sensasi Korea itu heboh diperkatakan.
Wah, hebat betul penangan Yoona ya!
67241_123601267818313_326596421_n
Jika diamati memang ada beberapa persamaan di antara kedua-dua mereka terutamanya di bahagian mata!
Yalah, kita kan mempunyai tujuh orang yang serupa wajahnya seperti kita.  Tak mustahil bukan?
Siapa lagi cantik pada pandangan anda?
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

KHAL WHAT?: Remaja 13 Tahun Ditangkap Bersama ‘Awek’ Abangnya Sendiri!



KUALA LUMPUR – Serbuan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah bilik hotel dikejutkan dengan penemuan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dengan teman wanitanya yang berumur dalam lingkungan 20-an di sini, awal pagi semalam.
Lebih mengejutkan, remaja berkenaan mengaku yang wanita berkenaan adalah ‘awek’ abangnya sendiri.
Dalam serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu, remaja berkenaan pada mulanya cuba berbohong dengan mendakwa wanita itu adalah saudara kandungnya.
Menyedari ‘taktiknya’ gagal, remaja berkenaan akhirnya mengaku yang wanita tersebut sebenarnya adalah kekasih abangnya sendiri, yang dibawanya ‘bermalam’ di hotel berkenaan.
Katanya, mereka bermalam di hotel itu kerana gagal menghubungi keluarga untuk pulang ke rumah.
photo
Pasangan berkenaan antara 10 pasangan yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih yang dijalankan penguat kuasa JAWI di sekitar ibu kota bermula jam 12 tengah malam semalam dan berakhir kira-kira jam 4 pagi.
photo (1)
Semua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun disiasat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.
photo (2)
Dalam perkembangan berkaitan, Pegawai Perhubungan Awam JAWI, Tuan Asmawi Tuan Omar berkata, pihaknya sebenarnya sentiasa mengadakan serbuan pada setiap malam dan tidak semestinya pada hari-hari tertentu.
photo (2)
” Serbuan sebegini ibarat ‘makan nasi’ bagi anggota penguat kuasa kami cuma bukanlah menjadi amalan jabatan untuk menguar-uarkannya kepada masyarakat kerana bagi kami yang penting adalah kesedaran, bukannya berbangga dengan jumlah tangkapan dan sebagainya.
” Malah semakin kurang jumlah tangkapan sebenarnya satu kejayaan juga kerana sekurang-kurangnya masyarakat mula sedar tentang kesan dan impikasi menjebakkan diri dalam kesalahan syariah sebegini.
photo (5)
” Yang penting kami di JAWI tidak pernah berputus asa untuk memberi kesedaran itu pada masa yang sama proses penguatkuasaan akan terus dijalankan tanpa mengira penat dan lelah,” tegasnya.
Selain pemeriksaan hotel bajet di sekitar ibu kota, penguat kuasa JAWI yang bergerak dalam dua kumpulan seramai 60 itu turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa. – Mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

TERKINI: Tahi Bintang LURUH Dari Angkasa, 400 Orang Cedera Di Rusia Setakat Ini!

TERKINI: Tahi Bintang LURUH Dari Angkasa, 400 Cedera Di Rusia Setakat Ini!

YEKATERINBURG/CHELYABINSK – Kira-kira 400 mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api  menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta.
Penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang.Tahi bintang itu menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg.
20132157561258734_20
Penggera kereta mati, tingkap pecah dan talian telefon bimbit hanya berfungsi sekejap-sekejap.
Pihak berkuasa bandar Chelyabinsk berkata, kira-kira 400 orang mendapatkan rawatan terutama kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan.
Sementara itu  MALAM INI dijangka asteroid akan menghampiri bumi dengan kadar kelajuan lebih ‘cepat daripada peluru’.
Ia dijangka tiba pada 2.24 petang EST atau 1.24 pagi waktu Malaysia.
Bagaimanapun menurut Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa), tiada peluang bagi asteroid itu – yang dikesan setahun lalu dan dinamakan 2012 DA14 – akan TERKENA bumi.
Jarak paling hampir pun adalah 27,359 kilometer – atau satu setengah kali garis pusat bumi.
Ia dekat sekali – bulan saja jauhnya 30 kali garis pusat bumi.
Jika terkena bumi, impaknya akan sama dengan asteroid yang terhempas di Russia pada 1908, sehingga menghapuskan jutaan pokok seluas 2,100 kilometer persegi atau tiga kali saiz Singapura.
Dulu, tahi bintang yang terhempas di bumi dikatakan menyebabkan dinosaur pupus sekitar 65 juta tahun lalu – sebesar 10 kilometer lebarnya, dengan daya kuasa ledakan sebilion kali lebih dahsyat daripada bom atom yang memusnahkan Hiroshima and Nagasaki.
Bagi mereka yang berminat, 2012 DA14 besar kemungkinan boleh dilihat malam nanti dengan menggunakan teleskop kecil saja.



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Anak Penggal Kepala Bapa Sendiri

Anak Penggal Kepala Bapa

Sydney – Seorang lelaki semalam ditahan selepas didakwa memenggal bapanya yang cuba melindungi isterinya.
Toufic Zahab, 69, mati selepas dia dihentak dengan batu dan kepalanya dipenggal di kediamannya di pinggir barat Sydney.
Polis mengesahkan kepala lelaki itu putus dan isterinya dirawat akibat terkejut selepas serangan itu yang dilakukan anak lelaki mereka, Khoder, 42.
“Seorang lelaki ditahan selepas satu mayat ditemui di sebuah kediaman di Bankstown pagi tadi,” kata anggota polis.
Polis dikejarkan ke kediaman itu sejurus selepas jam 6 pagi dan bertindak ekoran laporan ada kejadian keganasan domestik di kediaman berkenaan.
“Keadaan di tempat kejadian agak mengerikan. Ia suatu pagi yang sukar bagi keluarga itu, pihak polis dan juga petugas ambulans,” kata pemangku ketua polis Bankstown, Superintendan Glen Fitzgerald.
Saudara-mara keluarga itu yang berkumpul di luar kediaman memberitahu media bahawa Khoder menolak ibunya dari tangga hingga jatuh ke bawah sebelum menyerang bapanya.
Cucu lelaki mangsa, Abdul memberitahu Sydney Morning Herald: “Semua terkejut dan sangat sedih.
“Datuk saya adalah lelaki yang baik dan dikenali di kalangan masyarakat di sini. Kejadian ini paling tidak disangka akan berlaku,” katanya. – AFP

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ibu Yuna Temani Jules Schratter ‘Fitting’

Ibu Yuna Temani Jules Schratter 'Fitting'

Lelaki Mat Saleh yang sering dikaitkan dengan penyanyi berbakat besar, Yuna, Jules Schratter dilihat menyarungkan sepersalinan baju melayu di butik pereka fesyen tersohor Hatta Dolmat di Shah Alam, semalam.
Jules yang merupakan jurugambar peribadi Yuna dilihat hadir ke situ bersama ibu penyanyi tersebut, Anum Wahab.
Gambar-gambar itu semua dikongsi oleh Hatta di laman Instagram miliknya.
Gambar tersebut telah mencetus tanda tanya sama ada hubungan Yuna dan Jules sudah semakin serius sehinggakan kedua-duanya mengambil keputusan untuk berkahwin dalam tempoh yang terdekat?
Tetapi rasanya hubungan mereka masih awal lagi, lagi pun karier seni Yuna, 27, di Amerika pun baru hendak bertapak.
Atau pun, Jules saja mahu menempah baju melayu untuk kenang-kenangannya sendiri serta cendera mata yang disukainya dari Malaysia.
Hmmm, apa-apa pun hanya tuan punya badan yang mengetahui cerita sebenarnya.
Kalau benar pun mereka nak berkahwin, apa salahnya, masing-masing pun sama padan dan masih solo jika tak silap.
Apa kata anda?
JULES
JULES 2
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Putus Cinta, Taylor Sudah Siap 5 Lagu!

Taylor

Penyanyi, Taylor Swift tidak pernah gagal dalam menghasilkan lagu-lagu hasil daripada kehidupan realitinya bersama bekas kekasih.
Terbaru, sebaik saja dia putus cinta dengan anggota One Direction, Harry Styles, penyanyi country itu sudah pun menyiapkan beberapa buah lagu buat jejaka itu.
Antara lagu terbarunya adalah Harry Styles. Namun ia masih belum memasuki studio.
Nampaknya begitulah kecendurungan Taylor Swift setiap kali putus cinta dia akan menulis lagu buat bekas-bekas kekasihnya.
Sementara itu, walaupun hubungan di antara Taylor dan Harry berlaku dalam keadaan amat singkat namun ia cukup meraih perhatian media.
Perpisah mereka dikatakan berlaku sekitar hujung tahun lalu apabila mereka dilihat meninggalkan Virgin Gonda Island secara berasingan.
Sumber yang rapat memberitahu lagi bahawa punca perpisahan mereka adalah disebabkan kurangnya minat Taylor Swift melakukan hubungan seks hingga memaksa bintang British itu meninggalkannya.
Walau apapun, sudah menjadi trademark buat penyanyi ini untuk menulis lagu tentang hubungan cintanya yang lepas-lepas dengan jejaka-jejaka yang terkenal.
Salah satu daripadanya ialah John Mayer yang terkenal dengan topik ‘teenybopper’ disebabkan lagu Swift berjudul Dear John.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Budak Mexico Lahir Bayi Disahkan Berusia 12 Tahun

Budak Mexico Lahir Bayi

MEXICO – Usia sebenar budak perempuan yang melahirkan anak, bulan lepas terbongkar. Budak tersebut yang dikenali sebagai Dafne berusia 12 tahun, dan bukannya sembilan tahun seperti yang didakwa oleh ibunya.
Manakala bapa kepada bayi berkenaan adalah bapa tirinya sendiri, bukannya teman lelakinya yang berusia 17 tahun.
Ia hasil ujian DNA yang dijalankan ke atas bayi berkenaan.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kenapa ibu budak tersebut, yang didakwa sebagai pelacur telah menipu mengenai usia sebenar anak perempuannya itu.
400x250-kEN
Dalam masa sama, polis juga sedang memburu remaja lelaki yang didakwa kekasihnya, namun siasatan yang dijalankan di kawasan berkenaan, mendapati tidak ada penduduk di situ yang mengenali lelaki itu.
Justeru timbul kepersoalan sama ada remaja lelaki itu benar-benar wujud atau hanya sekadar rekaan belaka.
Faktor umur budak perempuan itu menjadi masalah kerana pendaftaran kelahirannya hanya didaftarkan dua tahun lepas, iaitu ketika ibunya mahu mendaftar budak tersebut bagi mengikuti pengajian di sekolah.
Sijil kelahirannya yang dikeluarkan pada bulan November 2011 itu menyatakan Dafne dilahirkan pada Mac 2003, manakala bapa tirinya didaftarkan sebagai bapa kandungnya.
Namun perbezaan bentuk fizikal Dafne yang kelihatan lebih dewasa berbanding usia sembilan tahun telah menyebabkan banyak pihak sangsi dengannya.
Dafne menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia selepas dia dilaporkan melahirkan seorang bayi pada usia sembilan tahun.
Keadaan ini memaksa pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi mendakwa individu yang bertanggungjawab menyebabkan budak itu hamil.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

GAMBAR: Black Akur Terpaksa Dedah Identiti Tunang

Black

PETALING JAYA – Penyanyi Black yang sebelum ini berkeras mahu menyembunyikan identiti tunangnya akhirnya dia harus berkongsi sedikit mengenai hal peribadinya kepada umum atas kedudukannya sebagai artis.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 26, berkata, oleh sebab itulah dia mula memuat naik foto-foto bersama tunangnya yang dikenali sebagai “Cira Khairi,” di laman sosial Instagram.
“Sebagai orang yang dikenali, saya faham peminat nak tahu setiap perkara tentang diri saya tetapi ada yang boleh saya kongsi dan ada yang tidak boleh.
“Diakui juga, sebelum ini memang saya tidak mahu berkongsi berita pertunangan ini. Takut tak jadi, malu pula seluruh keluarga kami.
“Bagaimanapun, saya sedar, menjadi selebriti juga, kita perlu berkongsi sedikit tentang hal-hal penting mengenai diri kepada orang ramai. Dan kerana itu saya mula memuatkan beberapa foto saya dan tunang di Instagram,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.
images
Tambah Black yang merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini, dia berjanji akan berkongsi berita gembira itu sekiranya sudah menetapkan tarikh perkahwinannya.
Black dan wanita berkenaan mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dalam satu majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Namun ia dirahsiakan daripada diketahui umum bagi menghormati permintaan keluarga.
Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti ini, dia sudah bersedia majlis pertunangannya itu akan terbongkar juga walaupun dia tidak menghebohkannya.
black-dan-tunang
“Mujurlah awal-awal lagi saya dah jelaskan kepada keluarga pihak perempuan bahawa pertunangan ini sukar dirahsiakan kerana saya seorang selebriti.
“Ditambah pula dengan adanya pelbagai medium sosial, ia cepat tersebar. Tetapi tak sangka pula hal ini dapat dirahsiakan hampir sebulan,” selorohnya.
Sementara itu, mengenai perkembangan lain, Black baru sahaja selesai berlakon filem berjudul Longkai di bawah arahan Hashim Rejab terbitan Metrowealth International Group (MIG).
Dalam filem itu, Black membawakan watak bernama Ketum bergandingan bersama pelakon Erra Fazira dan Wawa Zainal.
“Ini merupakan filem pertama saya dan tak sangka pula lakonan saya diberi respons positif daripada pengarah.
“Tetapi ia agak mencabar juga kerana pada hari pertama, kekok juga dibuatnya untuk berlakon.
“Alhamdulillah, selepas itu saya semakin selesa. Bagaimanapun lakonan ini hanya sekadar mahu mencuba. Karier nyanyian tetapi diutamakan,” ujarnya. – mStar Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Aishah Artis Pertama Bakal Bertanding Pilihan Raya Umum (PRU) 13?

Aishah Artis Pertama Bakal Bertanding Pilihan Raya Umum (PRU) 13?

KUALA LUMPUR – Platun lagu Janji Manismu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, 48, dikatakan bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), pada tidak lama lagi.
Ia berikutan terdapat sumber memaklumkan bahawa penyanyi berkenaan bakal menjadi artis pertama negara bergelar Yang Berhormat (YB) dan akan diletakkan bertanding dalam PRU13.
Memetik laporan Harian Metro, hari ini,  penyanyi terbabit yang juga ahli sebuah parti politik berkata, dia hanya menyedari perkara itu hangat diperkatakan tatkala tarikh menjelang PRU yang semakin hampir.
“Setakat ini, saya belum mendapat kepastian mengenai pencalonan itu dan beranggapan ia hanyalah khabar angin. Lebih baik tunggu Parlimen dibubarkan dulu, barulah boleh ada kata putusnya.
“Saya tidak pernah mengharapkan bergelar calon sebaliknya menyedari timbulnya cakap-cakap orang mengenai penamaan berkenaan.
“Sebelum ini ramai yang bercakap mengenai perkara ini, tetapi tidak tahulah, tunggu dan lihat saja,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya adakah dia berminat untuk bertanding seandainya diberi peluang, Aishah berkata dia akan mempertimbangkannya terlebih dulu.
“Kalau ada peluang, saya akan berfikir tindakan selanjutnya.
“Kena Solat Istiqarah dan kena tahu sama ada masyarakat akan menerima atau sebaliknya,” jelasnya.
Sebelum ini, Aishah pernah menimbulkan kejutan apabila gambar dia melibatkan diri dengan kempen Bersih 3.0 tersebar luas di internet.
Bukan itu sahaja, dia juga pernah berucap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya menerusi program ‘Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah’ di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April tahun lalu.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Catriona Ross Pinjam Semangat Arwah Ibu

Catriona Ross Pinjam Semangat Arwah Ibu

KUALA LUMPUR – Awal pagi semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian ibu aktres Catriona Ross, Siti Zawiyah Abd Rahman, 63,  yang merupakan antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas ekspres di Km 61.8 Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Gerik, Perak.
Kami di Astro Awani berkesempatan menemubual Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, untuk bertanyakan keadaan beliau apabila menerima berita ini.
“Saya merasa sangat terkejut dengan berita ini kerana ibu pergi secara tiba-tiba dan saya terasa sangat kehilangan”.
Catriona juga menyifatkan yang arwah ibunya adalah orang yang kuat semangat dan tabah.
“Semasa saya terlibat dalam kemalangan dulu, arwah ibulah yang selalu mahukan saya sentiasa berdoa dan saya meminjam semangat ibu untuk terus kuat” katanya lagi.
Menurut Catriona,  dia menerima panggilan telefon mengenai berita kemalangan itu pada pukul empat pagi dan jenazah Allahyarham telah dikebumikan pada petang semalam selepas Asar di Kota Bharu.
Catriona juga turut berkongsi mengenai pesanan terakhir arwah ibu kepadanya kira-kira dua minggu lepas.
“Ibu mahu saya menghantar anak ke kelas Iqra’  kerana Allahyarham mahu cucunya boleh sedekahkan ayat-ayat suci al-Quran jika dia tiada nanti”
Sebelum itu, menurut laporan polis kereta Proton Saga yang dinaiki mangsa cuba memotong deretan kereta dan bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan sebelum terbabas ke dalam longkang berhampiran.
Dua lagi mangsa yang terkorban dalam kemalangan tersebut ialah Sitah Abdullah, 53, dan Norini Abdul Ghani, 43.
Sumber: ASTRO AWANI


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story