Bomoh Ditangkap, Didakwa Rogol Beberapa Mangsa


Bomoh Ditangkap Kerana Didakwa Rogol Beberapa Mangsa
KUALA LUMPUR – Seorang penjaga tokong Cina berusia 50 tahun yang mendakwa kononnya boleh ‘menurun’ untuk membuang sial dan menilik nasib ditahan selepas beberapa wanita mendakwa dirogol oleh lelaki berkenaan dalam beberapa kejadian berasingan sejak April lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki itu ditahan di sebuah tokong di Taman Sri Damansara di sini, Isnin lepas, selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita berumur 20-an yang mendakwa dirogol September lepas.
“Dua lagi mangsa tampil membuat laporan yang sama pada April dan minggu lepas selepas didakwa dirogol oleh bomoh itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, modus operandi lelaki itu ialah dengan membawa mangsanya ke rumah atau hotel untuk diberi rawatan sebelum mangsa diberi minuman yang dipercayai mengandungi dadah.
“Lelaki itu merogol mangsanya ketika sedang khayal,” katanya sambil meminta wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki tersebut supaya membuat laporan polis di mana-mana balai polis berdekatan.
Katanya, suspek yang positif dadah jenis mathamphetamine dan mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit dadah, ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan. – BERNAMA

8 comments:

Cara Alami Mengobati Sinusitis said...

makasih infonya

Cara Alami Mengobati Jerawat said...

semoga sukses selalu

Cara Alami Mengobati Nyeri Sendi said...

Salam kenal dan sukses selalu

Cara Alami Mengobati Demam Berdarah said...

infonya sangat bermanfaat sekali

Obat Tradisional Penyakit Tipes said...

thank's infonya

Obat Tradisional Penyakit Kanker Prostat said...

Ikut gabung sisni ea

Obat Tradisional Penyakit Kolesterol said...

sukses terus ea

Obat Tradisional Penyakit Ambeien said...

jangan lupa mampir balik ya gan

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story