19 Bomba Terbunuh Dalam Kebakaran Dahsyat Arizona

Bomba

19 anggota bomba terbunuh ketika menangani kebakaran di Bukit Yarnell, Arizona. Kebakaran yang dipercayai bermula daripada panahan petir itu menyaksikan unit jabatan bomba terlibat kehilangan hampir kesemua anggotanya.
Menurut jurucakap Bahagian Perhutanan Arizona, Mike Reichling, hanya seorang anggta daripada unit berkenaan dikesan terselamat dalam insiden pahit tersebut.
Dianggarkan, 500 kediaman yang berada di Bukit Yarnell bakal terjejas ekoran kebakaran berkenaan yang merebak pantas di kawasan seluas 810 hektar. Bagaimanapun, kira-kira 600 penduduk sudah pun dipindahkan ke tempat selamat.
Kebakaran yang sudah bermula sejak Jumaat lalu sukar dipadamkan ekoran faktor cuaca panas, kering dan angin yang bertiup. Penduduk setempat yang ketakutan dapat melihat api semakin mendekati tempat mereka sebelum bertindak melarikan diri masing-masing.
Seramai 200 anggota bomba masih bekerja keras memadamkan api, sementara bantuan berupa 130 lagi anggota tambahan beserta helikopter dan air tambahan sedang diuruskan.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story