Lelaki Bunuh Diri Dalam Mahkamah, Kejutkan Hakim

Lelaki Bunuh Diri Dalam Mahkamah, Kejutkan Hakim

Missouri – Seorang lelaki,  Steve Parson, 48, yang didapati bersalah atas tuduhan melakukan seks luar tabie ke atas mangsanya yang berusia 14 tahun, telah membunuh diri dengan menelan pil beracun sebaik sahaja keputusan kesnya dibacakan oleh hakim.
Parson, dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun atas jenayah serangan seks.
Menurut pihak berkuasa, Parsons rebah dan mula mengalami kekejangan di atas lantai sejurus menelan pil cyanide  hingga mengejutkan rakan, saudara mara serta orang ramai yang berada di dalam mahkamah.
Hukuman itu diputuskan selepas mangsa mengetepikan perasaan malu dan  memberikan keterangan.
Parson yang juga pemilik Parson’s Tire and Service di St. Joseph amat dikenali di Maryville dan Stanberry, telah ditangkap pada Julai 2011.
Selepas Parson membunuh diri, polis mengesan bahawa dia telah membeli 100 gram cyanide melalui dalam talian.
Parson dipercayai menyembunyikan pil itu di bawah lidahnya ketika masuk ke dalam bangunan mahkamah bagi mengelakkan pemeriksaan keselamatan.
Laporan bedah siasat kematiannya dijangka siap minggu ini.
Kejadian itu berlaku setahun selepas seorang jutawan, Michael Marin, 53, mengambil keputusan sama dengan membunuh diri di mahkamah.
Marin, membunuh diri beberapa minit dengan menelan pil beracun selepas disabitkan dengan kesalahan sengaja membakar rumahnya bernilai $3.5 juta di Phoenix, pada Jun 2012.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story