Setelah kandungannya mencecah 16 minggu, baru pelakon dan pengacara Yasmin Hani Richardson mengumumkan tentang kehamilannya melalui laman sosial Instagram. Menurut Hani, dia tidak mahu terlalu teruja bercerita tentang kehamilan tersebut kerana bimbang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
“Saya tak mahu menjadi seorang ibu yang terlalu teruja kerana ketika itu kandungan masih baru dan belum kuat. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku dan ia tidak baik untuk ibu dari segi emosi”, kata Hani.
Tidak mengalami sebarang alahan sejak awal kehamilannya, kata Hani dia cuma mengalami perubahan ‘mood’ yang tidak menentu.
“Saya okay sahaja. Kesian pada orang lain yang terpaksa berdepan dengan ‘mood’ saya”, kata Hani berseloroh.
Tambah Hani, dia dan suami tidak kisah dikurniakan anak lelaki atau perempuan, namun yang penting bayi yang dijangka lahir pada bulan November nanti sihat. Hani yang baru pulang bercuti di Bali, Indonesia bersama suami selama 10 hari begitu teruja bercerita tentang percutiannya yang kini disinari dengan kehadiran ‘orang ketiga’.
“Sudah beberapa kali saya ke Bali, tapi percutian kali ini lebih seronok. Rupanya ada banyak lagi tempat yang belum diterokai di Bali. Tambahan pula, percutian kali ini kami bukan saja berdua tapi sekarang bertiga”, katanya. - Gua
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment