Persengketaan Afiq Muiz Dengan Ibunya Selesai?

Afiq Muiz Dengan Ibunya

Masalah selesai? Benarkah wahai Afiq Muiz?
Itulah penjelasan yang keluar dari mulut Afiq Muiz yang menyifatkan isu antara dia dan ibunya sudah pun selesai.
Memetik kenyataan Afiq Muiz menerusi laporan Berita Harian, dia merasakan bahawa sudah tiba masa untuk menghentikan segala kisah peribadi beliau.
Seolah kecewa, Afiq Muiz berasa tiada guna untuknya menegakkan kebenaran kerana kenyataan yang dia berikan sering ditokok tambah.
“Tidak guna saya beriya iya menegakkan kebenaran, kelak diri saya juga yang dipersalahkan.
“Lagi pun, kenyataan saya selama ini sering ditokok tambah dan seterusnya saya yang menjadi bahan fitnah,” jelas Afiq Muiz kepada wartawan BH.
Pada masa yang sama, Afiq Muiz enggan memberi penjelasan bagaimana dia serta ibunya menyelesaikan isu mereka itu.
Selain itu, Afiq turut menjawab persoalan media yang melihat dia begitu mesra bersama Eina Azman berpegangan tangan bersama di Bangsar.
Jelas Afiq, dia dan Eina hanyalah rakan biasa.
MyNewsHub berharap semoga penjelasan Afiq Muiz ini bukanlah sekadar menutup kesilapan diri sebaliknya berharap supaya hubungan antara dia dan ibunya memang benar-benar telah baik.
Oleh: HARITS ASYRAF

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story