Doktor Pulangkan Rangka Tangan Selepas 46 Tahun

Doktor Pulangkan Rangka Tangan Selepas 46 Tahun

HANOI – Seorang doktor dari Amerika Syarikat telah menyimpan tulang rangka tangan milik seorang pesakitnya selama 46 tahun, sebelum menyerahkan tulang berkenaan kepada pemiliknya.
Dr. Sam Axelrad membawa pulang tulang tersebut dari Vietnam ke Houston pada 1966 selepas salah seorang rakannya telah membuang daging pada tulang tersebut dan memberikan kepadanya sebagai cenderamata.
Kini selepas 47 tahun, beliau sanggup terbang semula ke Vietnam untuk menyerahkan tulang rangka tangan yang selama ini disimpan dalam beg tenteranya sejak berdekad lalu kepada pemilik tulang itu iaitu bekas tentera Vietnam Utara, Quang Hung.
Menurut Dr. Axelrad, beliau membawa pulang tulang tersebut ke Amerika Syarikat sebagai mengingatkannya mengenai kerja-kerja amal yang dilakukannya di Vietnam ketika era perang lalu.
“Namun selama ini saya tidak membuka beg yang mengandungi tulang itu yang disimpan di dalam almari kerana tidak mahu kenangan pahit semasa perang tersebut kembali menghantui saya,’’ katanya.
Bagaimanapun pada 2011, beliau menemui beg tersebut dan memutuskan untuk mencari pemiliknya untuk dipulangkan semula tulang tangan itu.
Dr. Axelrad bernasib baik kerana dia menemui seorang wartawan Vietnam, Tran Quynh Hoa yang kemudiannya menulis di dalam akhbar mengenai pencariannya itu.
Ketika mengingati semula pengalaman silam itu, Dr. Axelrad berkata, Hung telah ditembak pada bulan Oktober 1966 dalam satu serangan di sebuah kawasan, kira-kira 46 batu dari An Khe.
Selepas tiga hari melarikan diri, Hung akhirnya ditemui oleh tentera Amerika Syarikat dan dia dihantar ke hospital tentera.
Di hospital berkenaan, Dr . Axelrad telah memotong tangan Hung dan dia menghabiskan masa selama lapan bulan untuk proses pemulihan sebelum bekerja  di pusat perubatan di kampungnya.
Selepas itu, Hung kembali menjadi pesawah.
Dalam pada itu, Hung ketika ditemui berkata agak pelik kerana doktor tersebut menyimpan tulang tangannya sebagai cenderamata namun dia gembira kerana mendapat semula tulang tersebut selepas cedera akibat ditembak oleh tentera Amerika Syarikat semasa perang Vietnam.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story