‘Seperti Lakukan Sumbang Mahram’ – Elfira Loy

Elfira Loy

Terasa seperti lakukan sumbang mahram – itu jawapan tegas Elfira Loy bagi menidakkan sama sekali hubungannya dengan Zoey Rahman yang diperkatakan sebelum ini.
Manakan tidak, Elfira sudah menganggap Zoey seperti abang sendiri kerana lelaki itu sering membantunya dalam bidang seni dan menemaninya untuk ke mana-mana sejak usianya 11 tahun lagi.
Malah keluarga Elfira juga amat percayakan Zoey dan hanya tertawa apabila keluar gosip mendakwa mereka ada hubungan istimewa.
Dipercayai, gosip bertebaran apabila gambar mesra mereka tersebar di internet sedangkan ia diambil ketika mereka berlakon bersama dalam drama bersiri 24 episod, Demi Dia yang menjalani penggambaran di Nenzing, Austria.
Tambah Elfira, perasaan adik-abang antara mereka sememangnya menyukarkan masing-masing mendalami watak sebagai suami isteri dalam drama tersebut pada mulanya. Bagaimanapun lama kelamaan, perasaan profesional membolehkan mereka menjayakan peranan masing-masing.
Jika diimbas kembali, Elfira memang sering digosipkan dengan pasangannya dalam drama termasuk Randy Pangalela, Zizan Razak dan juga Zoey Rahman.
Terbaru, dia turut menarik perhatian ramai apabila pelakon Indonesia, Baim Wong mengakui dia dan Elfira sedang bercinta. Perkara ini kemudiannya dinafikan Elfira yang mendakwa ia hanya gimik bagi telefilem Terakhir Kali lakonan mereka.
Agaknya, ramai peminat dah tak sabar nak tengok dia bercinta kot?

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story