Robert Pattinson, Riley Keough Nafi Bercinta

Robert Pattinson, Riley Keough

Cucu mendiang Raja ‘Rock and Roll’ Dunia, Elvis Presley, Riley Keough, 24, menerusi jurucakap rasminya menafikan khabar angin mengatakan dia kini sedang berpacaran dengan aktor siri filem Twilight, Robert Pattinson.
Spekulasi bertiup kencang selepas Pattinson, 27, dilihat bersama-sama seorang wanita yang seiras Keough di dalam kenderaan yang dipandu Pattinson sepanjang minggu lalu.
“Keough tidak bercinta dengan Pattinson dan saya boleh mengesahkan tiada sebarang gambar Keough yang ditangkap (paparazzi) sepanjang minggu lalu,” kata jurucakapnya.
Pattinson sebelum ini dilaporkan sudah berpisah dengan aktres Kristen Stewart selepas kecurangan Stewart bersama pengarah Rupert Sanders berjaya didedahkan oleh pihak media.
Sementara, Keough sebelum ini dikhabarkan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Ryan Cabrera dan pelakon kelahiran British, Alex Pettyfer.
Oleh: AUDREY LEE

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story