KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaan (NGO) mesra pembangkang, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mendakwa penduduk Taman Permata Dengkil akan berkhemah di hadapan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sekiranya kerajaan gagal menyelesaikan isu yang dihadapi penduduk terbabit.
Jerit mendakwa, penduduk flat di Taman Permata Dengkil tersebut terdiri daripada bekas pekerja ladang ladang Galloway, Prang Besar, Mendingley dan Sedgeley yang dikosongkan bagi tujuan pembangunan Putrajaya sebelum ini.
“Pada tahun 1999, bekas pekerja estet ini ditempatkan di flat berkenaan. Mereka dijanjikan rumah teres dan flat itu hanya sementera sehingga rumah teres di bina. Malangnya flat itu menjadi rumah tetap mereka selama lebih 14 tahun,” dakwa kenyataan itu hari ini.
Jerit juga mendakwa, wakil kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri telah datang melawat kawasan flat terbabit tapi tiada sebarang keputusan konkrit diberikan mereka berhubung nasib penduduk terbabit,
Malah, dakwanya, wakil kerajaan terlibat memaklumkan memerlukan lebih masa untuk memanggil semua pihak termasuk penduduk untuk mengadakan perbincangan dan kajian berhubung isu tersebut.
Namun, dakwa Jerti, penduduk sudah hilang sabar untuk menunggu jawapan daripada pihak kerajaan bagi menangani ini masalah tersebut.
“Penduduk sedang menyusun diri dan bersiap sedia untuk berkhemah di Jabatan Perdana Menteri jika masih tiada jalan penyelesaian dalam masa terdekat,” dakwa kenyataan itu lagi. – mynewshub.my
'Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment