Sebelum ini kedengaran desas-desus yang mengatakan hubungan cinta di antara pelakon Nabila Huda dan kekasihnya, Nas-T sudah bertemu titik pemisahnya.
Namun, baik Nabila mahupun Nas-T mereka tidak pernah memberikan sebarang kenyataan media berhubung kesahihan berita tersebut.
Walau bagaimanapun, hari ini menerusi portal Ohbulan, Nabila tampil mengakui bahawa hubungannya dan Nas-T sudah pun berakhir sejak sebulan lalu dan mengatakan dia kini lebih selesa hidup membujang bersama anak tunggal kesayangannya, Keisha Laila, 3 tahun.
“Saya selesa untuk hidup bujang dan saya rasa sangat gembira. Ya, status saya sekarang adalah single and available.
“Sebenarnya saya memang sayangkan Nas-T dan sampai sekarang kami masih lagi berhubung serta berkawan seperti biasa.
“Saya sayangkan hubungan ini, tapi ini adalah keputusan yang terbaik buat saya,” katanya.
Apa-apa pun kita doakan semoga Nabila akan bertemu kebahagiaan sejatinya dan diharapkan kerjayanya akan semakin berkembang dari masa ke semasa.
Oleh: AUDREY LEE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment